Sunday 13 May 2012

Bercampur Baur

Entry kali ni mengenai alam baru iaitu alam IPT. Lepas je aku check aku punya UPU tu, aku cam lost. Tak tau nak pergi mana dan buat apa sebab aku tak dapat mana2 Ipta. Pastu form 6 pulak terlepas. Yela mana taknya aku tak pegi pun masa taklimat.. masa tu aku tak check lagi upu, tu yang tak pegi, ingatkan dapat la.. Pas tu aku teringat ada offer letter yg datang dari Lincoln Uni College, aku g check balik surat tu.  Tarikh pendaftaran 14-18 Mei 2012. Aku pun dalam hati, “huh, ada masa lagi nih”. Pastu jurusan dip. ˚Akaun. Aku rasa cam sesuai je dgn aku, tapi aku rasa cam nak buat A level. And aku dah tanya kat En. Asraf (Staff kat Lincoln) pasal aku nak tukar, n then dia kata nanti dia checkkan utk aku manalah tau ada tempat lagi ke tak. So tengoklah nanti mcm mana.
Ada la beberapa orang kat sekeliling aku ni duk cakap yang A level ni payah. And aku dah fikir punya fikir n ade buat beberapa research pasal A level ni. Setelah beberapa ketika, aku kata kat diri aku, “Macam ni jelah, semua benda yang kita nak buat ni ada susah senangnya apa yang penting benda yang aku nak buat ni aku yakin aku boleh buat dan aku pun dah set dalam otak aku untuk redah je semua dugaan dan kesusahan yang akan datang”. So aku bg tau la kat mak n ayah aku. Depa kata lusa bincang tengok mcm mana. So dalam pale otak aku skrg ni da prepare n expect beberapa perkara yang MUNGKIN TERJADI utk 18 hb Mei ni, 1 aku dah ada kat Lincoln. 2, aku masih disini tanam anggur. 3, aku dekat sekolah masuk fo6. 4, kerja while waiting for the next intake for ipta.
So aku sekarang tengah nak siapkan dokumen2 dan perkara lain yang perlu di bawak ke Lincoln (just in case mak n ayah aku kasi masuk situ). Entahlah, perasaan aku lain macam je sekarang ni. Macam2 perasaan ada, happy+takut+nervous+excited+sedih+bersemangat+malas=TingTong.
Aku harap masa depan akan jadi lebih baik n aku pun  dapat berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.. Ok lah, citer sampai sini je k!. Nanti pape hal aku story mory kat sini. (^_~)”
May peace be upon you!

No comments: