Wednesday 2 October 2013

Saat2 akhir part 2

OMG da lama x bukak blog ni !
By the way, assalamualaikum.. :D

Malas nak taip banyak2, saya dlm mood final exam ni..
doakan saya ye..
daaaaaaaa.

Thursday 25 April 2013

Saya Dah Balik Rumah !!

Assalamualaikum semua !! =D

Cuti sem da start weyh !!. Ending sem ni mcm xberapa nak baguih. Aku gaduh dengan orang la. Aku ni, selagi bole pendam sorang2, aku takkan cerita masalah aku kat orang lain. Sebab aku tak nak menyusahkan sape-sape pun. Aku teringat pesan kawan aku yang satu sekolah & satu U dengan aku Fadhil.. katanya, 'jangan terlalu banyak sangat makan budi, nanti tergadai body', .. tapi aku ubah sikit ayat tu jadi versi SSK, 'jangan banyak sangat makan budi, nanti tak terbalas budi'.. =)

Yang baju biru tu la Fadhil.. ni je gambar dia yg aq ade.. Sebelah tu Jo

Aku Gedik !
aku tengah tunggu member, sambil tu main webcam..
Dalam entry lepas, aku ada post pasal Putera Siong Comel & Gadis kan..Ni aku nak buat satu pengakuan, aku dengan putera siong comel tu takde ape2 pun.. kami cuma berkawan. Tapi aku suka dia.

Base on my observation la, aku tengok dia ni jenis yang tahu tanggungjawab dia terhadap family. Pastu, aku tau yang dia pun suka kat aku tapi dia bukan macam lelaki lain yang terkejar2 aku (eceh, bajet pulak). Gaya dia bukan macam sesetengah orang yang every night and day nak call n text aku. He respects my own privacy and space. Dia tak pernah tanya aku pasal jantan lain or ape2 je berkenaan dengan jelous. Aku paling suka ayat dia yang ni.. 'sahabat selamanya, awek belum tentu jadi bini'..

Aku ni tak kan semberono suka kat seseorang tu tanpa sebab. Aku suka Putera sebab diri dia yang sekarang ni. Tapi tu la kan, life ni ape2 pun mesti ade masalah and penghalangnya.
Dalam hal aku ni, mak aku tak berapa suka sangat aku rapat dengan Putera. I dont know why. Disebabkan itu, aku tak selalu text dia.. Because i respect my mom's feeling. And as for me, myself, aku tak kisah kalau dia nak usha or berkawan rapat dengan perempuan lain, sebab aku respect his own life and privacy.

 Dia comel sangat2 !! hehe..

Aku ingat nak buat new semester resoution la..

-Solat 5 waktu time masuk waktu,
 Aku taknak lengah2kannya lagi.

Berjimat cermat dalam berbelanja
: : Shoppig yang perlu je

Assignment siapkan on time
: : Jangan tunggu last minute baru nak gopoh siapkan

Jaga aurat dan batas pergaulan sesama insan
: : Kurangkan pergaulan bebas antara aku dan lelaki bukan muhrim
: : Jaga pandangan.. Sesungguhnya wanita yang mulia itu adalah yang tidak memandang dan dipandang.

Tambahkan gula dalam senyuman
: : Tambahkan keikhlasan dalam senyuman and whatever you do.

Be pemurah and peramah
: : Ada sesetengah orang kata aku ni sombong..padahal aku tak de point nak cakap ape. Tapi next sem try la  jadi peramah sikit.

Jangan bunuh Charlie
: : Nana & Wan kata jangan bunuh charlie, 'kalau sekoq hang bunuh dia, sepuluh kali dia mai serang hang' gitu la gayanya.

Kiri sekali yg duduk tu aku, Wan yang kanan sekali duduk, Nana pulak berdiri kanan sekali..


Rajin
: : aku taknak malas2 dah..

Jadi aktif
: : Try involve dengan aktiviti2 yang disediakan.. Untungnya, dapat tambah kenalan.

Lastly, jangan gunakan kelebihan yang anda ada untuk kepentingan diri sendiri..

: : MaY pEaCe Be UpOn YoU : :

Monday 11 February 2013

Bersarang.. +i'm back+

Assalamualaikum..

Lama tak update blog ni..      +i'm back+

So far, Penang ok. Tempat cantik, makanan sedap, orang2nya pun caring (based on my own experience la).. Study pulak, Alhamdulillah la ok,, subject2 stakat ni on my opinion, tak la tough sangat. Boleh go on lagi la. Subject dalam course Tourism Managment ni, HTM(Hospitality), HTT(M.I.C.E- Meeting, Incentive, Convention & Exhibition), BMD(Mandarin), BEL120(English), CTU(Pendidikan Islam), MAT(Business Math) and HBU111(Kesatria Negara).

Dalam banyak2 subject yang aku dah list kan kat atas tu, aku paling tak suka HBU. Sebabnya aku paling tak suka dan tak nak berkawad. Sedih!. Setiap hari rabu, mesti motivasi diri aku menurun. Aku sangat tak suka kawad!!!

Assignment setakat ni Alhamdulillah boleh carry on lagi walaupun banyak. Banyak gila baq hang!.

Ni classmate aku yang baru..

Yang poyo ditengah tu saya la.. ^^
Masalah..

Aku rasa setakat ni masalah aku cuma dua je,
1. Duit
2. Charlie

Duit tu antara salah satu masalah aku yang dari dulu tak pernah selesai.. (normal la tu). Ptptn belum dapat lagi, zakat on da way nk masuk, yayasan masih dalam proses, Baitumal pun belum lagi. tapi aku tak kisah sangat pasal duit ni sebenarnya, sebab aku ingat pesan ustaz aku. Dia kata, kalau kita takdak duit, kita mintak kat Allah dulu. kita kena yankin pada Allah, kemudian baru la kita usaha cara lain..
Ha.. lebih kurang gitu la pesan ustaz aku.. Dan dah terbukti pun. Charlie ni pulak satu hal, baru2 ni ramai yang tanya aku soalan, 'charlie tu sapa?', masalahnya, bukan charlie tu sapa tapi charlie tu apa.. Haha, ramai yang ingat aku gaduh dengan jantan sebab aku mention charlie dalam status FB aku. Nak tau Charlie tu ape,

Ni dia nate Charlie tu..


Nate ni kecik je cam kerengga.

Da la, aku ngantuk ni.. Nanti bila aku rajin, aku update lagi ek..

: :May peace be upon you: :