Tuesday 25 December 2012

Semester 2

Asslamualaikum.. :D

So far, kat Penang ni ok la.. Orang2nya baik belaka, suasana bagus, study pun tak ada masalah, lecturer semua setakat ni baik2..

Damie, Aku, Zulaikha, Atika, Kak Nina.. 
Sebenarnya sekarang ni kepala aku tengah dok serabut fikir pasal 4 assignment yg xsiap lg ni.. Next week dah kena submit,, Memang nak buat tapi kemalasan tu berganda saat ni..

Sem 2 ni aku ingat nak buat beberapa perubahan kat dalam diri aku ni..

1) Katakan 'TAK NAK' kepada couple..
- Memang sekarang ni aku dah tawar hati nak in a relationship dengan sapa2 pun.. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikir dan buat selain nate bf ni.

2) Melawa sebab Lecturer & subject demand..
Ada sesetengah subject yang kena make up sebab aku dalam course tourism management. Ingat! bergaya ni just 4 subject demand, bukan sebab kejar hot or nak jadi model or whatever..

3) Don't judge a book by its cover,
Berkawan & layan semua orang dengan baik dan sama rata. Walau apa pun status dia. ^^

4) Rendah diri..
Taknak sombong2.. biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

5) Belajar dengan tekun..
Cita2 nak further study kat oversea, nak guna fast track, So pointer kena tinggi. Saya boleh!

6) Ni untuk semua orang.. Solat!
Tak nak tinggal solat dah.. walaupun terlepas waktu, usahakan untuk penuhkan 5 waktu. Jangan jadi orang yang sombong pada pencipta. Life is short.


: : May peace be upon you : :












Monday 10 December 2012

...

Ouwh, bencinya!.. Ni I nak story, i da lame tak online fb, so bila i online, i tengok kat notification ada somebody tag kat i gambar, Then i pun bukak la pic tu.. rupe2nye gambar i.. da la tag i, pastu gambar tu buruk pulak! malu la i :(.. i tak nak kata dia hipokrit, tapi gambar2 dia yang dia masukkan dalam fb sumenya edited! konon lawa sangat la tu, posing ala2 cute dpn cam, padahal realitinya.. Malas nak cakap la kan,,

Huh!,, lepas sikit rasa marah i.. Sorry la entry kali ni sounds gedik sikit.. Kalau nak kutuk, kutuk la.. i tak peduli pun!.

Thursday 6 December 2012

First Day UiTM Bukit Mertajam ^^


1 December,

Bertolak dari rumah jam 11 pagi, sampai kampus jam 2.30. Sampai je kampus terus daftar kolej.
Masa daftar tu terserempak dengan Razi so kami pun daftar la sama2. Huh!lega ada jugak geng kat sini.
Lepas dapat kunci, aku gi usha bilik..

Ni yang tak sabar aku nak citer ni, bilik dia cantik, mewah gila macam duduk kat kondo.. Bilik aku tingkat 7. Almari
dia besar, meja belajar selesa,
toilet dalam bilik, pastu bilik pun luas and ada evalator (lift)..
Serius cakap kampus ni mmg terbaik la.. Lepas angkut barang bawak masuk bilik,
aku keluar dengan parent aku pergi beli bantal.. huhu, aku lupa bawak bantal..
Lepas parent aku balik, aku kemas2 barang tak lama pastu Syafa datang bilik aku, ajak aku keluar gi Carefour..
Kami bersepuluh keluar semalam, jalan kaki.. Dah dekat dengan Carefour tu, hujan turun dengan lebatnya.. Redah je la..
Balik bilik semalam jam 10.30..

Bila baca status2 classmate lama kat Seri Iskandar dlm group fb, rase nak tergelak pun ada.. Yela mana tak nye, ade yang
merungut la, itu tak kena, ini tak kena, haha.. Pada yang dapat kampus yang agak kureng tu, sabo je le..
Itu je yang teman mampu cakap.. Biasa la bila kat tempat baru kita mesti ada rasa cam tak selesa sikit kan,,
same goes to me.. Aku pun ade gak masalah nak sesuaikan diri dengan surrounding, terutama sekali bab pertuturan,,
Aku agak kurang faham style orang sini speaking..
Yela aku datang dari Ipoh, tak guna loghat sangat.. Percakapan aku biasa2 je.. tapi bila datang sini, Hurh!

Ok la, aku rasa setakat ni, itu je yang aku nak cerita.. Nanti aku story mory la yerk..

             ::May peace be upon you::

Monday 15 October 2012

Cinta pandang pertama..?

Aku suka satu petikan yang aku baru baca tadi.. Ni aku nak kongsi..

Bacalah..

"Kau yang kupandang buat kali pertama ketika kita bertemu muka, membuat hatiku berpaut nakal mendiktator mata supaya asyik memandangmu. Ruang magnetik antara kita yang menimbulkan mewujudkan hubungan sintetik terus membuat hati mulusku tulus rasa ingin mendekatimu. Lebih, lagi, makin, rapat dekat.

Yang pasti ruang antara kau dan aku wujud tanpa kewujudan walau sezarah luar dari lingkungan persendirian kita. Kau nampak aku, kau senyum. Kau belum tahu detik derap debarnya hatiku saat kau menzahirkan senyum tepat ke wajahku. Betul seperti rasa bagai ada arjuna terbang memanahkan anak panah cinta tepat ke hatiku dengan busurnya. Ya, itu baru senyummu. Belum lagi kudengar manis merdu bicaramu.

Walau dari jauh kupandangmu membuatku rasa goyah lagi gugah hendak menegurmu, kutahu saat hati bicara kutelah terpaut padamu. Betulkah ini rasa cinta? Cinta yang membawa satu aura dan nyawa baru untuk hidupku? Atau ini hanya rasa terpikat? Terpikat tertarik dengan langsungnya kecantikan kelucuan kesopanan geraklakumu padaku?
Mungkin, ini hanya definisi yang menimbulkan persoalan cinta pandang pertamaku. Kau?"

::May peace be upon you::

Sunday 14 October 2012

Depan Tv 2..

Hah, sambungan entry lepas..

Aku couple dengan sorang gentlemen ni.. (Sekarang da putus..) Dia ada kebanyakkan ciri2 lelaki yang aku inginkan.. Dia penyabar, terima aku seadanya, sweet, xpernah cuba2 nak cuba aku and yang paling aku terkesan sekali is dia tak pernah sekali pun tinggikan suara or marah aku. Kalau aku ada buat perkara yang dia tak suka, dia akan tegur aku elok2.. Fizikal dia pulak sangat la attractive.. Dia tinggi, kulit cerah and handsome.. Satu yang aku nak tekankan kat sini, aku couple dgn dia bukan sbb syg, tp sbb yang lg satu tu.. Kami putus pun bukan sbb gaduh or ape pun, sebab pada aku cinta jarak jauh tu memang takkan menjadi.. Sebelum ni pun aku memang ada terfikir nak putus dengan dia -masa tengah couple-. Sebab dia terlalu baik untuk aku, dan aku tak sanggup nak hadap dia kalau dia tau niat aku sebenarnya. Syukur aku da break dgn dia..

Sekarang ni life aku ok. Aku dah tak buat kerja2 yang tak berfaedah tu n aku berkawan dengan semua orang mcm biasa..

Dikesempatan ini aku nak buat ucapan untuk orang2 yang aku pernah kenal..

First sekali, Saya ingin ucapkan terima kasih terutamanya kepada lecturer yang pernah mengajar saya. #Puan Fariesha, Puan Badariah, Encik Ishak, PM. A. Gani dan Cik Noramira(Mentor).. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terbuat apa2 salah semasa sedang belajar.. Saya akan cuba ingat dan practice segala pesanan yang telah diberikan..

Next, kepada classmates yang sporting2 belako, aku nak minta maaf kalau ada buat korang terasa hati atau apa2 yang salah kat korang. Kepada Aizat, ye aku tau ko memang suka dengar aku speaking, kalau ko nak speaking cam slang aku ni, aku nasihatkan ko supaya banyak2kan practice and berangan yang ko tu mat salleh sejati.. InsyAllah bulih!. Diana, ko punye inner msih tersimpan rapi dalam almari aku.. Aku akan simpan jadi kenangan.. hehe.. To Epoi, ko memang seorang class rep yang sangat bertanggungjawab, bertuah mane2 gurl yang dapat ko.. ^^, .. Nad, ko chumill sgt2.. Aku suka tengok ko senyum so, keep on smilling :).. I'll miss u guys.. Terima kasih juga kepada korang untuk segalanya.. Halalkan segala apa yang patut korang halalkan ye.. Kalau ada apa2 yang tak puas hati atau nak tuntut ape2 ke bole calling2 or jumpa lagi baik kn?.. Apa2 pun. korang mmg terbaik!..

Seterusnya, buat roomatesku yang comel2 belake iaitu Lya, Fatin dan Dina.. Korang da macam adik beradik aku da. Aku anggap korang semua macam kakak2 aku walaupun Lya lg muda dari aku.. hehe.. Dina, dalam bilik tu aku yang paling rapat dengan ko. Kita semeja, katil aku atas katil ko, almari kau sebelah je dgn almari aku. Sorry kalau kadang2 meja aku bersepah. Aku suka sembang dengan ko sebab ko kalau sembang mesti semangat Waja punya!. Semua orang boleh in dengan ko sebab sikap ko yang ceria dan peramah tu. Ko pun tak pernah berkira dengan aku. Pesanan ko yang paling aku ingat.. ' tak payah cari cinta/bf tu, sebab dia akan datang sendiri' dan ' jangan lepaskan lelaki baik tu'..
Lya, aku ingat lagi masa mula2 aku masuk bilik tu, ko orang pertama yang tegur aku n ajak aku kluar gi makan.. ko orang pertama yang tunjuk kat aku jalan g d.m dan uptown. Kita pun selalu share pasal masalah hati, bf and everything. Walaupun ko ni nampak lembut dan sensitif, tapi ko ni gangster jugak kan? hehe.. Ko banyak nasihat aku pasal couple ni..
Fatin, kita memang tak rapat sangat tapi aku hargai ko. Aku suka tengok penampilan ko yang funky tu.. walaupun gaya aku lebih kepada vintage and simple. Suara kau sangat kecik.. haha.. Pada aku walaupun ko selalu nampak ceria tapi ko tegas sebab walau apa pun terjadi ko tetap jadi diri sendiri.
So, kepada roomates aku yang tersayang ni aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku,, and also i would like to say sorry if i did any mistake towards you guys.. Harap kita jangan lost contact keyh! saayyyyaaaangggg korang!!

Seterusnya, bestfriends aku iaitu Syafa and Asri.. Syafa, kita kenal masa mula2 kita daftar kos. Tak sangka aku, orang yang duk sebelah aku masa isi borang dalam office tu akan jadi bestfriend aku sampai abis sem. Banyak yang kita share. Tak kering gusi aku kalau sembang sengal dengan ko.. ada je benda2 yang buat aku nak tergelak. Ko memang happening.. 'pening'.. haha
Asri, ko umpama abang aku, yela sebab aku pun  memang takde abang.. Thanks sebab sudi jadi kawan baik merangkap abang aku.. Dari awal kita kenal lagi aku dah rasa yang aku akan selesa n rapat dengan ko. Aku hormat ko sebagai senior and sebagai abang. Walaupun ko selalu panggil aku orang gila dan budak kecik, tapi aku selesa kawan dengan ko. Dan ko juga satu2nya supplier gula2 aku.. hehe.. Ko jangan lupakan aku!.. hehe.

Yang ni khas untuk awak.. Saya minta maaf sebab main2kan awak. Saya minta tolong lupakan janji2 palsu yang saya pernah lafaz.. thanks and sorry for everything.. Terima kasih sebab layan saya dengan baik masa kita tengah couple.. Saya doakan awak dapat perempuan yang berganda2 baiknya dari saya dan harap awak dapat kejar cita2 awak tu. Awak memang baik. Saya yang tak sesuai untuk awak.. Maaf.. Maaf.. Maaf..

Kepada orang yang cancel last minute tu, saya just nak cakap yang saya memang marah sangat2 kat awak!!.. Cakap tak serupa bikin!!, tapi tu dulu.. hehe. Sekarang saya dah oke.. Saya dah maafkan awak :).. Harapnya awak buang la sikap casanova awak tu. Jangan sakitkan hati perempuan2 lain.

Lastly, untuk sesiapa sahaja yang pernah kenal saya, Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada terbuat salah or apa2.. Kalau ada yang tak puas hati or ada apa2 urusan yang tak settle lagi, call je keyh. Harap kita dapat jumpa lagi.. Dan terima kasih untuk segalanya.. :)

Aku harap cerita aku ni dapat korang jadikan teladan. Sekarang baru aku sedar yang takde guna dendam2 ni. Buang masa dan tenaga je.. Allah kan ada, kita serah semua padaNya oke.. Dan hargailah orang2 disekeliling korang.. Kepada sesiapa yang tak suka atau yang nak condemn tu, aku tak kisah.. Kutuk la.. Aku Terima Segala Kutukan dan Cacian..

The End.


:: May peace be upon you::
















Saturday 13 October 2012

Depan TV

Ye Assalamualaikum..
Lagi sekali blog title yg xde kne mngena dgn content..

Aku tak tau nk start camne, entry kali ni lain dri yang lain.. Ni pasal hati.. oke2 aku da tau cmne nk start. Selama 4 bulan aku kat kampus tu, tipu la klu aku cakap aku xde bkenan kat spe2 kan, dan mmg ada pun.. Dalam UiTM Seri Iskandar ni aku cuma sukakan sorang je Encik.. aku knalkan dlu kat korang 'org tu' siapa.. Nama dia *****, sama course, sebaya, tpi lain kelas.. Muka bole tahan, playboy, mulut manis and jambu..

Rasanya aku suka dia pandang pertama kot sbb masa mula2 aku TERnampak dia, hati aku berdebar kencang bagaikan nak tertanggal dari tempat asal.. ok, Waktu first aku jumpa dia masa kelas subject MGT kami di blik kuliah, kelas dia da nak blah dri blik kuliah 2, kelas aku pulak nak masuk.. So, kelas kami pun berselisihan.. Aku ingat lagi, first time aku nampak dia, mata aku tak berkedip langsung. Tapi dalam hati aku kate, 'ala, kejap je ni.. jap lagi mesti kau lupa dia punya la..' So, aku teruskan hidup aku cam biasa..

Selang beberapa hari..

Pada satu pagi yang indah, aku dpt tau yang nama aku dan beberapa makhluk lain ada kat dalam list yg kna jumpa lecturer tengahari tu.. Aku pun cam cuak tak cuak la sbb ada jugak nama classmate aku.. Masa tu aku da malas nk expect ape2 so aku gi je la perjumpaan tu..
Rupa2nya nama yang dipanggil tu ialah nama2 yang dipilih untuk jadi PRS bagi subjek Math 037.. Bukan Perosak Rakan Sebaya tau! tpi Pembimbing Rakan Sebaya.. Alhamdulillah la ku terpilihkan at least aku bole bagi skit2 tunjuk ajar kat org yang memerlukan.. Program ni bukan hari2 or tiap2 minggu, ada masa n waktu yg dah ditetapkan.. Ia ada 4 siri sahaja, so 4 kali jumpa lah.. TAAPI!.. ada tapi jugak.. Tapi aku kena jadi PRS dalam kelas lain.. :'( .. Aku sorang je PRS dri kelas aku msuk n mengajar kat dlm kelas tersebut..

So, rakan yang perlu aku bimbing ada 4 orang, 3 lelaki, 1 perempuan.. Oke la..
Tiba la sudah hari yang aku kena gi BIMBING orang tu.. (Haha, megah kejap).. First time, agak berdebar sebab dikelilingi makhluk tak dikenali.. Selepas beberapa ketika, rakan2 aku tu pun muncul n kita orang berkenalan.. TIBA2, hati aku tersentap sekali lagi bila aku terpandang 'orang tu' ada dalam kelas tu.. rupa2nya dia budak klas ni.. tapi aku buat cam biasa je la.. Masa tu first time aku sembang dengan dia.. Ala just ckp2 biasa.. So far mengajar orang yang xdikenali ni amat MENCABAR, tapi best.. Dapat jumpa and kenal dengan ramai orang, dapat ilmu, bole tukar2 cara pling mudah selesaikan math n dpt cuci mata.. (hehe, dlam kelas tu ramai yang hensem2)

Fast forward a few weeks later, Bengkel Math siri 2 diadakan.. Kali kedua ni agak ok skit sbb da knal beberapa makhluk dalam kelas tu.. Bengkel berjalan seperti biasa.. Tapi masa balik tu yang best sebab bengkel kelas yang aku ajar tu habis lambat so aku tak tau nak balik dengan sapa,, kebanyakkan orang yang aku kenal dalam kelas tu pun lelaki.. Tiba2 ade sorang laki ni dia tegur aku n tanya aku balik dengan sapa.. Aku cakap la aku balik sorang, pastu dia offer nak teman aku.. Aku ok je.. Dia ajak aku lepak dlu kat dewan makan sebelum balik bilik msing2.. Masa tu masih awal lg utk aku tidur n aku pun malas nak balik bilik lg.. On da way gi dwan mkan (d.m) tu kita org sembang2, sampai kat d.m tu pun sembang rancak lagi.. best sembang dengan dia.. Hehe, ingat lagi aku msa tu dia belanja aku air teh ais,, Aku tak suka teh ais tp buat2 suka sbb nak ambil hati dia.. *Eh, jaga hati dia.. hehe..
oh ye! lupa nak bagi tau, bengkel siri 2 ni diadakan dalam bulan ramadhan so d.m dan segala aktiviti dalam kampus dibenarkan sehingga pukul 2 pagi.. waktu kebiasaan sehingga pukul 10.30 mlm..

Move on to the next bengkel.. Bengkel siri 3.. Perasan tak dalam bengkel siri dua aku tak sebut pun psal 'org tu'.. Sebabnya mmg xberlaku apa2 event pun antara aku dgn dia.. Masa tu aku je yang usha dia dari jauh.. Tapi dalam bengkel siri 3 ni banyak skit la cerita aku dengan-nya.. hehe.. bengkel malam tu berjalan seperti biasa, tapi masa balik tu luar biasa sebabnya camni, kelas kami abis awal dr kelas2 lain, klu nak tunggu classmate aku abis bengkel mmg lambat la citernye.. So aku pun berdiri sorg2 kat luar kelas.. TIBA2 'orang tu' approach aku.. dia tanya, 'awak balik dengan sapa?'..
Aku cakap la yg maybe aku balik sorang, n dia pun ajak aku balik jalan sama2 dengan dia.. Dalam hati aku ni memercik-mercik bunga api.. Bagaikan mimpi jadi realiti.. On the way balik tu kita org sembang2 la psal diri masing2.. Dalam banyak2 ayat yang kluar dari mlut dia, ayat yang paling aku ingat is, 'masa ibarat pedang.......' dia cakap camtu kat aku sbb aku jalan lambat.. hehe.. tapi last2 dia yang jalan lambat.. 'orang tu' tak hantar aku smpai dekat d.m pun sbb pertengahan jalan dia terserempak dgn kwn dia, aku malas nak gi nyebok so aku bla dlu tinggalkan dia.. Ala lgi pun blok aku da dekat sgt da..
The next day, aku tiba2 rasa bersalah sbb baru aku teringat yang aku tak ucap terima kasih pun kat dia.. So aku text kat dia kata sorry and thanks, ingatkan dia takkan reply tp dia rply jgak.. Dia kata oke.. Pastu tanya nama penuh aku.. aku gi tau la.. dia puji nama aku.. Aku happy!.. Start dari tu, aku tak fikir laki lain da.. misi kecil aku nak ngorat n dpt boyfriend senior kat kampus pun cam aku da x pedulikan.. hehe.. Walaupun kami jarang jumpa tapi aku tetap ada hati kat dia..

Sampai la pada satu hari aku ajak dia lepak sama.. Masa tu sje nak try my luck, mne la tau dapat plak lepak dgn dia, tapi masa tu dia cakap dia busy, n dye kate esok la.. So, aku pun dengan harapan yang tinggi menggunung tunggu la esok yang mungkin mmbahagiakan aku.. Aku ada ckp kat roomate aku yg klu ktorg xjdi jumpa mlm tu mmg aku akan mnangis.. Tiba waktu yang sepatutnya kitorg jumpa, dia tak muncul2.. Pastu aku call dia, dia cakap sorry xdpt dtg sbb penat.. n melalui suara dia tu aku dengar yang mungkin sebelum aku call td, dia tidur..
Aku benggang sgt msa tu aku trus off phone je.. Patah seribu hati aku masa tu.. Aku mmg dari dlu lgi benci and anti org camni,, klu ye pun xjadi nk jumpa at least gi tau la awal2, xde la aku susah2 g turun d.m tu.. ko kate ko penat kan, abis aku ni tak reti penat?! Pastu aku balik dengan hati yang berkecai, tak sempat msuk bilik air mata aku da mncurah2 turun ke pipi.. Aku menangis sampai pagi, first time aku nangis sbb kecewa mcm ni.. Salah aku jugak, ye la patutnya aku x taruh harapan tinggi sgt n tak perlu nk beria sgt..

Esoknya pun langsung dia tak bgi mesej say sorry ke, explain ke, ajak jmpe lgi ke.. Maybe dia xrasa bersalah lngsung.. Pagi tu kepala otak aku ting tong (sakit), mata aku lebam, and satu badan x selesa,, jam da kul 8.00am tapi aku wat bodo je, First time aku tak pergi kelas.. Member2 rapat aku yang tahu pasal benda ni mmg tak kacau aku pagi tu.. Diorg tau aku xsuka diganggu msa tengah marah.. Hari tu dua kelas aku tak pergi.. aku duk sorang2 dalam bilik mengangis.. Aku tau orang mcm tu x layak utk aku nangiskan tp da sakit sgt hati aku ni.. Ok mmg obvious aku yang beria2 sangat kan.. Tu aku mengaku n mmg kesalahan dan kebodohan terbesar aku..

Start dari tu aku try lupakan dia, and aku start buat perangai.. Disebabkan sorang playboy, aku jdi brubah sikit.. Aku jadi dendam kat lelaki2 di kampus aku tu. So, aku mulakan 1 permainan utk puaskan hati aku ni,,

Masa tu aku berubah jadi playgirl kejap. Semua orang yang aku pernah tolak dulu aku contact balik n aku ajak diorang keluar.. Lepas tu, aku akan pastikan yang diorang cair dgn aku. Next, aku benarkan diorang anggap aku ni awek diorang. Seterusnya, bila diorang start nk serius dgn aku, aku akan break-up dgn diaorang.. Jahat kan? aku pun da menyesal dan malu dgn perbuatan aku dulu.. Sekarang da tak buat da.. 

Pastu aku couple dgn 'org ni'.. Dia sgt kontra dengan diri aku..
BERSAMBUNG...














Saturday 15 September 2012

Alahai GudBye!!


Well hai and assalamualaikum.. Hmm, lg bbrpa week je lg aku kat

seri iskandar ni.. pastu next sem insyallah klu llus dpt smbung 

diploma, x tau lagi dpt kt seri iskandar ni lagi or dkt tmpat lain.. 

Ntah la, dalam ati ni rse syg je nk tinggalkan life as a pre-dip

student kat sni.. 1 oct ni da final,, doa2kn kjayaan aku ye.. 

So far, aku sangat selesa kat Seri Iskandar ni.. Banyak pengalaman 

aku belajar, samada pengalaman sndiri mhupun pngalaman org lain.. 

tak ketinggalan juga dugaan2 yang aku lalui kat sini, maklumlah 

tempat baru.. dalam banyak2 bnda yang aku belajar, ada 1 yang

btol2 buat aku terkesan, iaitu ’jangan nilai seseorang berdasarkan

penampilan org tersebut’.. pernah terkena la kat btang hdung sndiri, 

msa tu aku ingatkan dye ni baik n jjur  tapi bila da knal bt0l2, rse 

cam nk tinggalkn dia pun ada (hurh, geram btol!) .. ada jugak org

yang aku sangka slama ni jnis yg social n ‘rosak’, tapi rupanya dye

la yg setia n ikhlas terima aku yg mcm singa lapar ni..

Saje nak share, ade la bberapa org yg aku knal kat sni ada wat jnj

dgn aku,, katanya nak masuk minang aku pas abis diploma.. Kah3!

Lwak btol la jnji2 mnis diorg 2. Ingat aku nak percaya? Aku berani 

kerat jari la klu btol.. Phuii!!..  X dinafikan yang aku mmg ramai kwn 

lelaki, n mmg hobi aku pun kumpul ramai kawan,, tp x pnah sangka 

la akan ada yang salah faham dgn lyanan baik aku 2. Hrmm, Ape2 je

la weyh,, aku x nk fikir sgt psal bnda2 ni.. Biarkan dia~~

Apa yang aku tau, aku ada cita2 n goal aku sndiri..  mula2 aku nak wat

sungguh2 pra-dip ni, pastu da msuk diploma nnt aku nk perform gila2

punya,, n after that klu aku dpt pointer 3.9 keatas, aku nk smbung 

study aku ke United Kingdom.. Besar kan cita2 aku? Tapi aku yakin

boleh! Stakat ni aku x lari lg dr landasan cita2 aku n harapnya sem 

dpan n sterusnya semangat aku akan kekal berapi smpai ke penghujung.. 

Final xm pun xlame lagi, so aku harap korang doakan aku supaya 

dapat mncapai goal aku 2 ya.. 

0kay la murid2, cikgu da penat ni.. Kita sambung lagi cerita pada masa 

akan datang pulak ye! Bye bye bye!!
                                                  
                                                        :: May peace be upon you  ;D ::

Saturday 23 June 2012

Diary week 2 at UITM Seri Iskandar

Assalamualaikum..
Hello there world!! how are you..
As usual, this story is about my experience.

This second week is not really tiring me because my
whole body seems like to be familiar with the enviroment..
every day i meet a lot of new people here and i befriend
with them. And today i want to tell you guys a story about
my friends.. First, i want to tell about my best friend.
Her name is Siti Syafawati Fazira Bt. Mohd Ikhsan.
I call her Syafa. She's a very nice girl. I met up with
her on the day we registered ourselves at the
administration office. Ever since that day we become a good friend.
She's very friendly.
She always put a "nok" word at the end of whatever
things she said. As an example,
"weyh aku terlupa nak cas batery nok"
and,
"ko pe hal lambat nok?".. She said "nok" is Tenok.
I don't know why she loves to say the 'nok' word.
She's also a cheerful person, she likes to
lough (of course not with no reason)
even in the class but i think she
is far away matured than me..

Oke, enough about her, now i'll tell about my roomates.
There are 3 of them, Dina (Terengganu) the cutest,
Alia (Pahang) the fairest, and Fatin (Kedah)
the sexiest one. So far i think they're all kind
and they have a good heart. Dina is a very
talkative person and funny as well. Next, Alia
is so fair and she has a lot of admire. And the last
but not least, Faitn, she's very tall and have a
nice voice. I think she can be a model and a singer.
'Singer menawan keluarga yang bahagia...' (iklan).

Setakat ni kelas math berjalan dengan lancar, kelas BEL dan MGT baru saja bermula
dan kelas CTU masih belum start apa- apa lagi so harap next week start la kelas tu..

Oke la kome, malaih nak bebel panjang2 nanti org kate aku meroyan pulak (pergh,
peduli hape?!) da la english tonggang langgang!.. See you
next time beybeh!..

-May peace be upon you-
:: Tak jawab dosa, kalau jawab sayaaang ::

Friday 15 June 2012

Hurh! Penat

First week at UITM Seri Iskandar..
Penat gila wehh!!! oke kita start dgn day 1. Mse 2 aq x slesa gila duduk situ..hati ni meronta2 nak balik, rasa sangat kekok, pastu pagi2 lagi kne pegi fakulti utk tengok jadual.. mse 2 la best, mula2 cari kawan n then gerak ramai2 ke fakulti.. nasib baik lah ade sorg pemandu arah ni, klu x sesat agaknya kami kat sna. Abg2 senior kat sini suma hensem2.. uppss, bole tahan la.. stakat ni best friend bru 2 je.. best sgt kwn dengn diorg ni x kering gusi asyik gelak je n bole share mcm2.. roomate pun oke gak, satu malaysia.. mereka dtg dri negeri pahang, teganu, n kedah..

Lepas je day 1, da bole suaikan diri dgn tempat kejadian.. tapi agak penat la sbb nk kne jln hari2 ke fakulti bagaikn hari2 join marathon tp x perlu lari just jalan cam bese. penat woo00.

oke la 2 je kot.. xde idea nk taip mlm2.. Daaaa~

Sunday 27 May 2012

Ape masalah kau ni gila?!

Aku tak tau la ape kena dengan aku hari ni.. skit2 nak merampuih, dah tu tau nak memekak je.. aku rase tension gila hari ni. tak tau sebab apa.. ade je salah orang yang aku tegur.. hurh!.. menyampah gila hidup cam ni.. da la bosan.. duit pun takdak.. member2 plak dah ramai yang 'berangkat'.. aku sorang je yang tinggal tak terangkat2..  bosan tahap gila dah ni mak 00ooiiii!!!!!!!!......... aq harap2 dapat la uitm 2 terima aq.. aminn... aq da tak sanggup da nak tunggu second intake. Bulan 12 plak tu.. AAAArrrrrrrgggggggghhhhhh!!!!!!~ (xde angin xde ribut tetiba je memekak)

Huh!.. life aq punya plan ni simple ja.. study, pastu kerja utk kumpul duit n bagi kat mak ayah skit, dah kerja kawin, dah kawin apa lagi duk umah jga anak la.. hehe.. cakap memang senang kan..?? huhu

oklah, stakat ini sajalah yang boleh aku merapu buat masa sekarang.
May peace be upon you!

Tuesday 22 May 2012

Tak ku Sangka Tak ku Duga

Tadi aku gi HEA UiTM Seri Iskandar.. Mintak borang MDAB.. InsyaAllah kalau anta minggu ni jgak dpt la aku masuk uitm tu.. wat mase ni aku taknak kecoh2 lagi pasal benda ni, tunggu aku betul2 aku jadi pelajar situ dlu baru aku g tau orang lain..

Oh tak sabarnya nk masuk U..(eksaited) Hope sume akan berjalan dengan lancar, Amin..

Sunday 13 May 2012

Bercampur Baur

Entry kali ni mengenai alam baru iaitu alam IPT. Lepas je aku check aku punya UPU tu, aku cam lost. Tak tau nak pergi mana dan buat apa sebab aku tak dapat mana2 Ipta. Pastu form 6 pulak terlepas. Yela mana taknya aku tak pegi pun masa taklimat.. masa tu aku tak check lagi upu, tu yang tak pegi, ingatkan dapat la.. Pas tu aku teringat ada offer letter yg datang dari Lincoln Uni College, aku g check balik surat tu.  Tarikh pendaftaran 14-18 Mei 2012. Aku pun dalam hati, “huh, ada masa lagi nih”. Pastu jurusan dip. ˚Akaun. Aku rasa cam sesuai je dgn aku, tapi aku rasa cam nak buat A level. And aku dah tanya kat En. Asraf (Staff kat Lincoln) pasal aku nak tukar, n then dia kata nanti dia checkkan utk aku manalah tau ada tempat lagi ke tak. So tengoklah nanti mcm mana.
Ada la beberapa orang kat sekeliling aku ni duk cakap yang A level ni payah. And aku dah fikir punya fikir n ade buat beberapa research pasal A level ni. Setelah beberapa ketika, aku kata kat diri aku, “Macam ni jelah, semua benda yang kita nak buat ni ada susah senangnya apa yang penting benda yang aku nak buat ni aku yakin aku boleh buat dan aku pun dah set dalam otak aku untuk redah je semua dugaan dan kesusahan yang akan datang”. So aku bg tau la kat mak n ayah aku. Depa kata lusa bincang tengok mcm mana. So dalam pale otak aku skrg ni da prepare n expect beberapa perkara yang MUNGKIN TERJADI utk 18 hb Mei ni, 1 aku dah ada kat Lincoln. 2, aku masih disini tanam anggur. 3, aku dekat sekolah masuk fo6. 4, kerja while waiting for the next intake for ipta.
So aku sekarang tengah nak siapkan dokumen2 dan perkara lain yang perlu di bawak ke Lincoln (just in case mak n ayah aku kasi masuk situ). Entahlah, perasaan aku lain macam je sekarang ni. Macam2 perasaan ada, happy+takut+nervous+excited+sedih+bersemangat+malas=TingTong.
Aku harap masa depan akan jadi lebih baik n aku pun  dapat berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.. Ok lah, citer sampai sini je k!. Nanti pape hal aku story mory kat sini. (^_~)”
May peace be upon you!

Monday 7 May 2012

Pasar MAlam Taman Song Choon

Huh, penat gila hari ni. Sakit kaki ade,
sakit pinggang ade, sume sakit..

camni citernye...

tengah hari tadi ade orang call mak aku,
pastu mak aku terus tanya aku, "Long,
nak x keje dgn kawan umi? ala keje kat pasar
malam sehari je".. aku kalau nak wat pape
first thing yang aku kena ade is best friend
aku Dekna. Kalau Dekna bole join skali
keje dgn aq, aku on je.. bincang punya
bincang, dekna pun ok.

Sampai2 je cam bese la, tolong2 skit wat
itu wat ini, buat la ape yang makcik tu
suruh. So far, makcik tu ok, peramah dan
lembut orangnya.. kalau ade chance mmg
aku nak jadi menantu dia.. hehe, cheewwaah,
(gurau je).. tadi aku banyaknya wat keje2
kat belakang je sebab aku ni cam cepat cemas
bila da ramai2 orang.. da la orang ramai,
pastu benda nak time tu jugak n kerenah org
nak itu nak ini, so keje aku tadi banyak
kat belakang la, depan dekna dgn makcik cover,
Tak yah nak citer panjang sangatlah kan,
aku citer yang mne aku ingat je keyh.
Tapi part yang paling best tadi is disaat
aku ingat tak mungkin ade org yang aku kenal
walaupun sorang, datanglah seorang jejaka
muka sweet ni lalu depat gerai makcik. Aku
pun dok pikiaq sapa la mamat ni, cam pena
jumpak ja..(ewwah tetiba pulak keluar
loghat kedah). Mula2 dia lalu,
pastu patah balik
g kat gerai makcik, masa tu dah nak tutup
tpi blum ttup lg. Dia beli sosej. Muka dia
senyum. Aku senyum balik kat dia. Dia pandang
aku. Aku senyum lagi. Aku ingat nak tanya
penah jumpa ke sblom ni?
tapi aku xnak start dulu. Malu.
Last2 kita orang senyum
sama2 sampai dia abis beli. Pastu aku
fikir punya fikir..... PAP! tetiba aku
ingat! oooowhh, dia la abang yang jual kuewtiow
kat pasar malam dekat rumah aku tu!!. Patut
la muka dia macam kenal aku. N aku ni
suka ketiaw, asalkan ade pasar malam kat umh
aku tu, aku beli kat dia kuewtiaw. So dah
slalu jumpa kan. Tapi ntah kenapa sejak balik
tadi aku asyik dok ingat kat dia je.. teringat
akan senyuman dia yang sweet tu. ekeke..
sebab muka dia sweet sgt mse senyum..
Rasa cam nak jd kwn dia plak. hehe
ok. lah, citer da abis, ngantok nak tidor!
bye! i love u.
Assalamualaikum!

Owh ye!
entry kali ni sepatutnya di post pada 5.5.2012.

Wednesday 2 May 2012

Aku Yang Asing


Hari ni tiba-tiba aku rasa semacam plak. tak tau nape.
Rasa cam rindu kat seseorang tapi tak tau siapakah.

-Tajuk takde kena mengena dgn story-

Ha!!.. aku ade satu story nak citer,
Sebenarnya aku ni tngah suka kat seseorang ni. Bukannya
suka apa pun, suka biasa2 je.. tak taulah kenapa tiba2
je tertarik dgn orang tu, makin lama makin suka, dia ni
guitarist tau. Biasalah kan, kalau kita suka kat seseorang
tu, mestilah kita nak tau semua benda tentang diri dia
dan nak tau ttg citer hidup dia sebelum ni.. Tpi jenis
aku len skit, aku kalau suka kat seseorang tu, aku akan
cuba faham diri dan kondisi hidup dia, macam yang aku
cakap tadi, dia tu gitaris so aku akan selami gaya hidup
dia.. apa yang dia suka aku akan cuba suka,tapi bukanlah
bermaksud aku harus jadi orang lain dan lunturkan identiti
sebenar aku. Aku tetap aku. Suka tetap suka. Cam dia suka
main gitar, aku pun akan cuba belajar main gitar.Dia suka
main futsal, aku pun rasa pas ni aku nak try la main futsal,
nak rasa ape yang dia suka sangat dgn futsal tu. Walaupun
sebelum ni aku rasa yang main gitar ni buang masa dan futsal
bukanlah sport yang aku suka aku akan cuba suka apa yang dia
suka.. Mungkin sesetengah orang akan kata aku ni gila or
obses sangat or buang masa, tapi aku rasa berbaloi. Walaupun
tak mungkin aku dgn mamat tu akan ada apa2 hubungan, tapi at
least aku ade explore benda baru kan?. Ala lagi pun, orang
yang aku suka tu bukannya kenal aku ni siapa n aku yakin 100%
kita orang mungkin berjumpa..vKalau ade pun kemungkinan
tu sebab dia ade wat konsert kat tempat aku or aku yang ade
kat tempat dia.. tapi kalau ade peluang, aku memang nak jumpa
dia face 2 face, apa cara pun aku akan buat utk jumap dengan
dia. aku nak tangkap gambar dengan dia. Dapat jumpa dia sekali
pun jadilah.. Hehe, kalau aku dah dapat tangkap gambar dengan
dia, aku akan postkan kat dalam blog sunyi ni.. hehe..
(berangan je larr..)

Erm k. lah, aku rasa, sampai sini je kot
citer bodo aku ni, Bubye..

owh, anyway, orang yang aku suka tu
sebenarnya jauh lebih tua dari aku
umo dia 10 tahun lagi tua.. Kira la sendiri.
    (-_*)"

May peace be upon you!!

Monday 30 April 2012

Selamat hari Pekerja..

May peace be upon you!!

Hari ni memang la hari pekerja tapi bukan nak citer pasal pekerja.. 
Ni pasal result ipta yang akan kluar tak lama lagi. aku harap sangat 
yang aku dapat ipta kat teganu.. Bukannya ape, nak la juga rasa duk
 kat tempat jauh.. ye la dari kecik lagi aku mne penah duk asrama.. bila 
dah besar ni nak la jgak rasa berdikari kat tempat org.. 

Dalam banyak2 tempat, knapa aku pilih Terengganu?.. sebab aku 
rasa aku tak penah g teganu lagi n sebab aku ade apply U kat sana..
UNISZA.. Tapi kalau boleh aku nak sangat dpt satu u dgn bff 
aku yg sorang ni, Intan..  

Sebenarnya aku minat dengan 2 kos ni.. aku tak tau mne satu 
yang perlu aku pilih.. Architecture or Accouting.. Dua2 ni memang 
aku gila sangat nak ambik, tapi dua2 ni aku takde basic.. 
Camne tuh?? hehe.. Tapi pape pun kne tunggu dlu la result ipta tu kluar.. 
Tapi semakin dekat aku nk msuk ipt, makin takut n berdebar2 pun ade.

Erm, ok la, malas nk tulih panjang2.. ape2 pun just wait n see la..
Daa~.. (^_~)"Y..

Sunday 29 April 2012

Sample untuk Karangan Perihal Diri dan Perancangan Kerjaya


Hoh kena wat karangan la plak untuk
dapatkan pinjaman mara ni.. Ni aku ada
wat CONTOH karangan tu.. So aku harap
sedikit sebanyak dapatla bantu korang
dalam menjayakan karangan korang tu ye.. Nah amik kau  PELPAP!

Saya Siti Saidatina Khatijah Binti
Mohammad Faithal, berusia 18 tahun
lahir pada 22 Desember 1994 di ipoh,
Perak. Saya anak sulung daripada 9 orang
adik-beradik. Saya mula bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu daripada
tahun 1 sehingga 6. keputusan UPSR saya
ialah 1A, 2B, 3C.Kemudian saya
melanjutkan pengajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Simpang Pulai dari
tingkatan 1 sehingga 5. Saya memperoleh
5b 3C untuk PMR dan SPM pula 2A,4B,1D,2E.

Sekarang saya berhasrat untuk melanjutkan
pengajian di UniKL dalam jurusan Teknologi
Maklumat. Saya juga ada mengambil mata
pelajaran ini semasa SPM. Saya juga
mempunyai pengalaman dalam hal-hal berkaitan teknologi maklumat.

Oleh itu, dengan melanjutkan pelajaran
dalam jurusan ini saya berharap dapat
membantu saya menambahkan lagi kemahiran
saya dalam bidang ini. Setelah mendapat
diploma, saya akan berusaha untuk
melajutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Saya akan buktikan kepada ibubapa saya
bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya tidak sia-sia.

Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian
saya di UniKl dengan baik, saya akan
berusaha untuk mendapatka pekerjaan yang
bersesuain dengan status diploma yang
saya ambil. Saya akan mencari pengalaman
bekerja selama beberapa tahun dan sekiranya
berpeluang, saya ingin menubuhkan sebuah
perniagaan dan menghasilkan produk
berkaitan teknologi maklumat dengan
menggunakan jenama sendiri dan
memasarkannya ke persada dunia bagi
membuktikan rakyat Malaysia juga mampu
bersaing.

Sekian sahaja serba sedikit perihal
mengenai diri dan perancangan kerjaya
yang ingin saya lakukan.

Ha tudia amik kau.. papepun ni cuma contoh
ja.. korang wat la suka hati korang. Ayat
aku ni pun cincai boncai je.. Enjoy! Okay,
May Peace Be Upon You!

Saturday 21 April 2012

Entahlah

Hari ni tetiba plak tergerak nak tulis something dalam blog berhabuk ni.. tak tahulah nape tapi hati ni rasa lain mcm je mlm ni.. rasa cam rindu kat seseorang tapi tak tahu siapa.. rasa cam suam2 je dlm hati ni.. ntah la.. Anyway, bulan 5 ni kluar result utk permohonan upu.. xde high expectation.. just, paling cikai pun dpt uitm or poli pun da Alhamdulillah.. doa2kan la ye dpt msuk ipta.. "(^_~)Y.. Daa~... May peace be upon you..!!

Wednesday 11 April 2012

Lagi Dan Lagi

Huh.. sekarang ni tngah duk tunggu bff
aku dpt lesen kereta, pastu bru kitorg nk g kje sme2..
smentara nk tunggu ni terpaksa la aku jadi seperti selalu
iaitu jadi full time bibik kat rmah.. huhu
sejujurnya mkin lma aku dduk kat rmah ni sambil xde wat pape,
semakin meronta2 hati aku nk kluar dri rumah..
KELUAR DARI RUMAH, BUKAN LARI DARI RUMAH.
Maksud keluar rumah tu aq nk la kje.. kluar dgn mmber2..
belajar ke.. Ye la mane xnya skrg ni dah bulan April,,
aq dok rmah tanam anggur dari December tahun lepas lagi..
perasaan bosan dan boring tu mesti la ade kn
(eh, bukan bosan dan boring 2 bnde yg same ke? hehe)..hmm,
klu nk tunggu study kat ipt, mesti lmbat lg kan..
Tapi kdg2 aq terfikir jgak ttg masa depan aq nnt mcm mane..
ape yg aku nk buat lpas ni.. klu psl belajar,
betul ke keputusan yang aq buat utk amik
kos2 yg aq mintak 2?.. sesuai ke aq dgn
suma 2?.. n kdg2 aku terfikir jgak ape yg aq nk
sebenarnya dlm hidup ni?.. sampai bila aq nk
jadi mcm ni? kdg2 aq rase aq ni da hanyut..
x tau sape diri aq yg sebenarnya.. makin lama
aq diisi dgn kebosanan, makin banyak
soalan yg timbul dalam otak aq ni.. yg mnjadikan
aq konpius.. Kdg2 aq berharap sgt
akan ade sesuatu yg akn muncul dlm hidup aq..
yang boleh menggubah hidup aq.. dan menjadikan
hidup aq terisi dgn sesuatu.. bukan kosong..
hmm.. mesti sstengah dri korang akn fikir yg aq
ni pelik kn?.. atau pun korang akn ckp camni
"ish, dari mana dtg nye Alien ni.. mrepek2
je yg dia tulis" Huh, tapi aq x kesah pun ape yg
korang nk cakap sebenarnya.. tapi aq nak share jgak
suma benda ni.. sbb makin lame aq pendam, makin payah
aq nk tanggung..sebenarnya banyak lagi yang aq nk
tulis, tapi tu la kn x semua perkara dpt diungkap dgn kata2. (ececeh)
So aq harap pas ni akan ade sesuatu la yg akan dtg
dlm hidup aq ni yg memerlukan sepenuhnya komitmen aq, sampai
xde mase utk perkara x penting,, aq janji bile
perkara 2 muncul dlm hidup aq,, aq akn share dgn korang.. okey lah
aq harap kekosongan yang ade dalam hidup aq ni akan
terisi dengan cepat.. n aq harap la dpt tau ape yg aq nk n
dapat jumpa identity aq yg sebenar.. Assalamualaikum..
( tak jawap dosa, kalau jawab sayang)   ^^,

Saturday 24 March 2012

Mencari 'soul mate'



Ada satu hri ni sye ade trbaca kat satu artikel ttg kahwin awal n perkara ni buat sye terfikir btol2

agknya ape ciri2 yg sye nk dlm diri pasangan sye nnt,,

 tapi sbelum sye mencari cri2 llki yg ssuai 2, sye cermin dulu diri sye ni..

rupe2nya sye msih ada banyak lagi kelemahan yg perlu sye baiki,,

dan dari situ sya tau yg sya perlukn seorg lelaki yg btol2 bole bimbing sye ke jalan yg benar..

Sye x harapkn llki yg bole mnjanjikan bulan dan bintang,.

tapi llki yg boleh bersederhana dan ok je dgn ape yg ade,,

sye pun xharapkan seseorg yg handsome, jambu or tough,,

tetapi llki yg sempurna amalan wajibnya 5x sehari..

Sya sbenarnya lbih tertarik pd lllki yg bijak,, berpengetahuan luas,,

yg boleh kawal walau mcm mne pun keadaan, yg x terburu2 dlm mmbuat kputusan,

dan yang sentiasa berfikir sblum berkata2,, sbb diri sye sndiri suka berckp dgn org yg bijak berkata2,,

dri situ kte boleh tmbah ilmu dn dpt ssuatu utk dijdikan pngajaran..

So, kpd gadis2 diluar 2, klu anda dah jtuh hati dgn mne2 llki,

fikir btol2 org 2 bole bagi kbahagiaan dunia dan akhirat ke x?

ssuai ke tidak dgn anda?

yg pling pnting ibu bapa anda restu x hubungan korang?

-pesanan ni bukan utk pembca2 je tpi juga utk diri ye yg lemah lagi kerdil ni-

: : semoga anda temui calon yg tepat : :

MAY PEACE BE UPON YOU

Friday 9 March 2012

Bila hari ambil SPM result makin dekat......

Hello there world, Wassup u guys?.. long time no write..
Well biasa la kan bila hari ambil SPM result makin dekat, pasti rmai yg harapkan result yg gempak kn?



















dan juga mesti rmai lepasan spm  akn rasa berdebar2. ewwah, mcm jmpe first love plakkn? hehe,



















Tapi tu la hakikat yang perlu kite terima.. Tapi yang pasti SSK da prepare n redha je dgn ape jua yg bakal terpapar kat atas sehelai kertas putih tu nanti.. Here, ingin saya tekankan disini, as a muslim, kita jgn lupa utk terus berdoa & meminta yg terbaik dari yang MAHA ESA
 .

















Saya yakin Allah sentiasa mendengar doa dari hambaNya.. dan ingat ye adik2,  result yg akn kluar nnt ialah ape yg kta usahakn dan korbankan sebelum spm, klu bnyak usaha & pengorbanan, insyallah, cemerlang.
Tapi klu study pun cam nk x nk je,
















mse tngok tv pun syg nk dikorbankan..


















 camne nk dpt result best kn? itu lah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lngsung tara guna.. Lastsly 2 all readers, doakan SSK dpat result gempak ye.. Doa anda sgt dihargai,,,, :)

Thursday 23 February 2012

Kene Tindih Atau Sleep Paralysis

Saya ni bukannye jenis suka cerita ttg diri sendiri kat org lain, tapi kalau perkara 2 boleh mmbantu org lain ok la kowt.. Korang penah dengar tak ttg kena tindih.. msti penah kan? tpi kalau sleep paralysis saya rasa tak ramai yang tau.. Tapi benda ni penah jadi kat sye..bnyak kali la jgak.. mse tu saya form4, form5.. Saya ingat lagi 1st time sye kne bnde ni, saya x ingat bila, tapi ada satu malam ni sye nk tidur, sebelum tidur saya pasang surah2 kat fon, pastu tidur la.. n then sye terdengar yg surah saya pasang tu dah abis n tetiba masuk lagu lain(xingt lagu ape), saya ingat nk amik la fon 2 sebab nk pasang surah tu balik, tpi bila nak ambik fon 2, tangan dah x boleh nk gerak. Mulanya saya ingat yang saya ni letih sangat la sbb tangan x boleh angkat, penat sgt agaknya.. pastu gagahkan jugak nk amik fon, tapi x boleh.. satu badan xleh gerak, mata x boleh nk bkak, n nk bukak mulut pun x bole, rsa mcm ade sesuatu tngah peluk saya..

Gambar sekadar hiasan
 pastu saya baca apa2 surah yang saya tau dlm hati.. lame2 skit bru la boleh gerak jari n then satu badan leh gerak balik.. cpt2 la psg surah kat fon.  Dlm kjadian lain plak, sya ade trdengar suara lbih kurang mcm ni la "sok sek sok sek" suara tu halus,mse sye dengar suara tu sye msih lagi tak dapat nk bukak mata, n struggle pnye struggle, dpt la bkak mata, bangun n trus lari  g tidur ngan adik2 kat bwh. Ad jgak skali tu sya nampak keadaan dlm bilik sye.. mse tu pun msih x sedar lagi.. benda ni blaku dgn kerap msa pertengahan tahun 2011.. n mkin bkurang smpai la mse spm, langsung xde dah smpai skrg. :).. mula2 sye igtkan prkara ni cm ade kne mngena dgn jin la.. sye takut sgt mse tu smpai sye citer kat ustaz, mak n member baik.. then sya terjumpa pasal benda ni kat internet.. pas saya baca bru la sya tau yang sya ni kena sleep paralysis atau pun kelumpuhan ketika tidur. sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah  ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis). Utk lebih lanjut klik SINI .. Punya la lega pas dpt tau yg sume prkara yg berlaku ni ada penjelasan sains disebaliknya.. Alhamdulillah.. harapnya pasni klu ade sesiapa yg mengalami kes ni, jgn la panik ye..
Sje je nk kongsi something ngan awak semua, Hope korang enj0y!! ^^
hehehe.. seram kan..???