Tuesday 25 December 2012

Semester 2

Asslamualaikum.. :D

So far, kat Penang ni ok la.. Orang2nya baik belaka, suasana bagus, study pun tak ada masalah, lecturer semua setakat ni baik2..

Damie, Aku, Zulaikha, Atika, Kak Nina.. 
Sebenarnya sekarang ni kepala aku tengah dok serabut fikir pasal 4 assignment yg xsiap lg ni.. Next week dah kena submit,, Memang nak buat tapi kemalasan tu berganda saat ni..

Sem 2 ni aku ingat nak buat beberapa perubahan kat dalam diri aku ni..

1) Katakan 'TAK NAK' kepada couple..
- Memang sekarang ni aku dah tawar hati nak in a relationship dengan sapa2 pun.. Banyak lagi benda penting yang perlu aku fikir dan buat selain nate bf ni.

2) Melawa sebab Lecturer & subject demand..
Ada sesetengah subject yang kena make up sebab aku dalam course tourism management. Ingat! bergaya ni just 4 subject demand, bukan sebab kejar hot or nak jadi model or whatever..

3) Don't judge a book by its cover,
Berkawan & layan semua orang dengan baik dan sama rata. Walau apa pun status dia. ^^

4) Rendah diri..
Taknak sombong2.. biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

5) Belajar dengan tekun..
Cita2 nak further study kat oversea, nak guna fast track, So pointer kena tinggi. Saya boleh!

6) Ni untuk semua orang.. Solat!
Tak nak tinggal solat dah.. walaupun terlepas waktu, usahakan untuk penuhkan 5 waktu. Jangan jadi orang yang sombong pada pencipta. Life is short.


: : May peace be upon you : :












Monday 10 December 2012

...

Ouwh, bencinya!.. Ni I nak story, i da lame tak online fb, so bila i online, i tengok kat notification ada somebody tag kat i gambar, Then i pun bukak la pic tu.. rupe2nye gambar i.. da la tag i, pastu gambar tu buruk pulak! malu la i :(.. i tak nak kata dia hipokrit, tapi gambar2 dia yang dia masukkan dalam fb sumenya edited! konon lawa sangat la tu, posing ala2 cute dpn cam, padahal realitinya.. Malas nak cakap la kan,,

Huh!,, lepas sikit rasa marah i.. Sorry la entry kali ni sounds gedik sikit.. Kalau nak kutuk, kutuk la.. i tak peduli pun!.

Thursday 6 December 2012

First Day UiTM Bukit Mertajam ^^


1 December,

Bertolak dari rumah jam 11 pagi, sampai kampus jam 2.30. Sampai je kampus terus daftar kolej.
Masa daftar tu terserempak dengan Razi so kami pun daftar la sama2. Huh!lega ada jugak geng kat sini.
Lepas dapat kunci, aku gi usha bilik..

Ni yang tak sabar aku nak citer ni, bilik dia cantik, mewah gila macam duduk kat kondo.. Bilik aku tingkat 7. Almari
dia besar, meja belajar selesa,
toilet dalam bilik, pastu bilik pun luas and ada evalator (lift)..
Serius cakap kampus ni mmg terbaik la.. Lepas angkut barang bawak masuk bilik,
aku keluar dengan parent aku pergi beli bantal.. huhu, aku lupa bawak bantal..
Lepas parent aku balik, aku kemas2 barang tak lama pastu Syafa datang bilik aku, ajak aku keluar gi Carefour..
Kami bersepuluh keluar semalam, jalan kaki.. Dah dekat dengan Carefour tu, hujan turun dengan lebatnya.. Redah je la..
Balik bilik semalam jam 10.30..

Bila baca status2 classmate lama kat Seri Iskandar dlm group fb, rase nak tergelak pun ada.. Yela mana tak nye, ade yang
merungut la, itu tak kena, ini tak kena, haha.. Pada yang dapat kampus yang agak kureng tu, sabo je le..
Itu je yang teman mampu cakap.. Biasa la bila kat tempat baru kita mesti ada rasa cam tak selesa sikit kan,,
same goes to me.. Aku pun ade gak masalah nak sesuaikan diri dengan surrounding, terutama sekali bab pertuturan,,
Aku agak kurang faham style orang sini speaking..
Yela aku datang dari Ipoh, tak guna loghat sangat.. Percakapan aku biasa2 je.. tapi bila datang sini, Hurh!

Ok la, aku rasa setakat ni, itu je yang aku nak cerita.. Nanti aku story mory la yerk..

             ::May peace be upon you::