Sunday, 29 April 2012

Sample untuk Karangan Perihal Diri dan Perancangan Kerjaya


Hoh kena wat karangan la plak untuk
dapatkan pinjaman mara ni.. Ni aku ada
wat CONTOH karangan tu.. So aku harap
sedikit sebanyak dapatla bantu korang
dalam menjayakan karangan korang tu ye.. Nah amik kau  PELPAP!

Saya Siti Saidatina Khatijah Binti
Mohammad Faithal, berusia 18 tahun
lahir pada 22 Desember 1994 di ipoh,
Perak. Saya anak sulung daripada 9 orang
adik-beradik. Saya mula bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu daripada
tahun 1 sehingga 6. keputusan UPSR saya
ialah 1A, 2B, 3C.Kemudian saya
melanjutkan pengajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Simpang Pulai dari
tingkatan 1 sehingga 5. Saya memperoleh
5b 3C untuk PMR dan SPM pula 2A,4B,1D,2E.

Sekarang saya berhasrat untuk melanjutkan
pengajian di UniKL dalam jurusan Teknologi
Maklumat. Saya juga ada mengambil mata
pelajaran ini semasa SPM. Saya juga
mempunyai pengalaman dalam hal-hal berkaitan teknologi maklumat.

Oleh itu, dengan melanjutkan pelajaran
dalam jurusan ini saya berharap dapat
membantu saya menambahkan lagi kemahiran
saya dalam bidang ini. Setelah mendapat
diploma, saya akan berusaha untuk
melajutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Saya akan buktikan kepada ibubapa saya
bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya tidak sia-sia.

Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian
saya di UniKl dengan baik, saya akan
berusaha untuk mendapatka pekerjaan yang
bersesuain dengan status diploma yang
saya ambil. Saya akan mencari pengalaman
bekerja selama beberapa tahun dan sekiranya
berpeluang, saya ingin menubuhkan sebuah
perniagaan dan menghasilkan produk
berkaitan teknologi maklumat dengan
menggunakan jenama sendiri dan
memasarkannya ke persada dunia bagi
membuktikan rakyat Malaysia juga mampu
bersaing.

Sekian sahaja serba sedikit perihal
mengenai diri dan perancangan kerjaya
yang ingin saya lakukan.

Ha tudia amik kau.. papepun ni cuma contoh
ja.. korang wat la suka hati korang. Ayat
aku ni pun cincai boncai je.. Enjoy! Okay,
May Peace Be Upon You!

3 comments:

eone said...

oke x belajar kt unikl?? sy nk msk jgak unikl....

eone said...

blh sy dapatkn email cik?? sy ingin mgetahui tentng unikl.... email sy iwancorner@gmail.com

Anonymous said...

luv it.. simple n clear.. tanx my miss saidatina khadijah.. =)