Friday 9 March 2018

Contoh Surat Rasmi Penangguhan Bayaran Yuran Pengajian UiTM


Hai semua!

Lately ni aku ada jugak tengok pelajar gugur taraf sebab lambat/tak bayar yuran pengajian kat UiTM ni ramai juga. So, kat sini aku nak share sikit cara nak buat surat penangguhan bayaran yuran ni incase ade sesetengah daripada kita ni belum mampu nak bayar yuran on time. 

Kat bawah ni korang tukar la mana yang patut. Nama timbalan rektor tu penting so better check betul2 guys.

.......................................................................................................................................................

Prof. Madya Dr. Ismadi Bin Md Badarudin,
Timbalan Rektor,
Hal Ehwal Akademik,
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka.

Prof. Madya,
PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Merujuk dengan  perkara diatas, saya *NAMA PENUH*, No. Kad Pelajar, 2017****** merupakan pelajar kumpulan M1BA2401A, *Nama Penuh Kos Korang*, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka bagi semester 1 2017/2018 memohon penangguhan bayaran yuran pengajian sebanyak RM 000.00

Penangguhan bayaran yuran pengajian dipohon adalah kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarga *contoh. Saya mempunyai ?? orang adik beradik, ?? antaranya masih bersekolah dan saya merupakan anak ke ????. Bapa saya bekerja sebagai ???????? *nyatakan sebab kalau tak bekerja ke atau sudah meninggal dunia* dan ibu saya pula seorang *yang ni pun sama macam bapa tadi.

Namun begitu, bayaran yuran akan saya lunaskan setelah *dapat pinjaman ke, gaji dah masuk ke, dapat tajaan ke, bantuan atau sebagainya*.

Justeru itu, saya amat berharap agar Prof. Madya, meluluskan permohonan ini bagi mengelakkan saya menerima status gugur taraf (GT).

Segala perhatian dan komitmen Prof. Madya amat saya hargai. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

.......................
NAMA
NO MATRIK



Hopefully apa yang aku share ni dapat bantu korang okay? Goodluck!

Kalau nak tanya lebih lagi boleh DM
Instagram : @siti.sk
Twitter : @dear_ct