Thursday 15 October 2015

Serba sedikit Uitm Pulau Pinang

Semalam aku dah cerita skit overview life aku selama aku menghilang. So now, aku nak cerita skit pasal Uitm Permatang Pauh. Mungkin ringkasan aku ni boleh tolong skit2 adik2 yang bakal jadi student Uitm Permatang Pauh Di Pulau Pinang.

Okay first of all, kampus Uitm Permatang Pauh ni location dia kat Permatang Pauh la kan.. Ape yang buat kampus ni best, sebab sekitar kampus ni ade banyak pilihan makanan and malls.

Contohnye kalau korang lapar tapi dah bosan dengan makanan kat dalam foodcourts yang ada, korang boleh pergi makan kat luar, dekat je. Just jalan kaki keluar kampus. Kalau kat gate depan, keluar je seberang jalan dah ade shoplots. Kat situ ade restoran mamak, kedai burger, bakery, restoran melayu pun ade. Nak style warung skit, kat sebelah kiri shoplot tu ade warung Tomyam Never Die. Hahaha, nak tau kenapa nama dia Never Die? Try tanya senior korang. Dia punya tomyam memang emm emm sedapnye. Untuk nasi berlauk campur pulak, ade Warung Cik Ton kat sebelah Pusat Komersial. Murah dan sedap. Untuk penggemar western food, aku rekemen Restoran Fais. Sedap, harga berpatutan, layanan bagus, suasana chill je tapi selalu penuh. Kalau rasa nak makan kat situ kena book dulu, call awal2, ni number dia, 012-4602035 En. Faisal.

Kalau rasa bosan weekend and rasa takde mood nak study, rasa cam nak tengok movie ke, jalan2 dlm mall ke, akak suggest Sunway Carnival Mall, Pacific Megamall, dan paling dekat Perda City Mall. Klu rasa cam nak pergi mall jauh skit, ade 1st Avenue Mall, Prangin Mall, Gurney Plaza, Gurney Paragon, Komtar, dan Queensbay Mall(had ni paling besaq kat penang). Yang akak suggest ni sume tempat yang akak pernah pergi tau, yang x pergi akak x berani nak suggest ape2.

Kepada yang suka aktiviti lasak,(1) try la pergi hiking kat Taman Negara Penang. Nak pi macam mana? Hangpa try search sendiri naa.. tanya seniors kaa. Best giloss hiking kat situ. Kalau nak pakai nature guide kena bayar tak silap rm120 satu trip tapi x sure dah include untuk boat ke tak. Tu kena tanya sendiri la. Starting point kat Taman Negara, ending nya kat Teluk Kampi. Kat Teluk Kampi ni ada pusat pemuliharan penyu tau. Hangpa boleh tengok penyu2 kecik kat situ. (2) Escape. Kat Teluk Bahang. Escape ni satu taman tema untuk adventure games la.. dia ade flying fox, wall climbing, mini bunjee jumping and macam2 la. Dah dua kali akak pergi, masa sem 1(assignment luar) and sem 5 (saja-saja). Yang nak kesana tu kalau taknak tangan sakit bawaklah glove sepasang. (3) Batu feringghi, tempat ni best, nak mandi suka2 pun boleh nak aktiviti lain pun ade such as jet ski, parachute, banana boat and ape tah lagi satu tu yang mcm pelampung bulat boleh masuk 4 orang tu.

Untuk yang suka jalan2 tapi taknak heavy2 sangat, korang boleh cycling kat island ke, naik Hop On Hop Off Bus ke, karaoke kat Red Box ke ataupun cycling sambil hop on museum. Macam baru2 ni akak habis presentation utk practical, akak keluar dengan member2 ke island, cyling.

Itinerary n bajet

-Breakfast kat dalam kampus
-Naik Bas Rapid Penang ke Jetty (Rm2)
-Naik Ferry kat Jetty (Rm1.20)
-Sewa Basikal (Rm10 Per Day)
-Lunch (Rm15.00 Milani Nan @ Kapitan Restaurant)
-Capture Gambar2 kat Street Art
-Ghost Museum (Rm10)
-Upside Down Museum (Rm11)
-Hi Tea kat Padang Kota (Rm9)

-Balik (Rm2 Bas) Ferry Balik, Percuma

Pengangkutan kat uitm pulak mcam ni, korang ade banyak pilihan, nak sewa kereta boleh, nak naik bas Rapid Penang boleh, nak teksi pun senang and nak naik prebet sapu pun boleh. Prebet sapu ni lebih kurang mcm teksi jugak tapi lagi murah.

Ni dia antara ramai2 no prebet, ni je yang aku ada n boleh kasi:

Abang Alif : 011-11123114
Pakcik Rashid : 017-4985483
Pakcik Ramli : 012-5343861
Pakcik Jamil : 013-5829509
Pakcik Jamil 2 : 012-5066701
Pakcik Imran : 010-5026469
Pakcik Mad : 012-4057232
Pakcik Nazri : 012-4880217

Kereta Sewa
Firdaus : 014-5227964
Penang : 014-9358381

Ni kalau ada sape2 yang dpt offer belajar kat uitm penang nak tanya apa2 boleh je leave comment kat bawah. InsyaAllah akak boleh tolong.





5 comments:

Unknown said...

Saya akan ke pp minggu drpan uitm diploma rasa seram pulak... Ada kes buli x disini

Honeymadu said...

Saya takut sebb saya xde member ... agak² boleh survive x ?

Unknown said...

Hi akak.. sya nk tnya akk ambik course apa dlu dkt uitm pp ?

Unknown said...

Hi awak bru dpt twrn ke uitm pp ka?

Nazihah said...

Samaaa.. saya pun x de member gak..