Sunday, 13 May 2012

Bercampur Baur

Entry kali ni mengenai alam baru iaitu alam IPT. Lepas je aku check aku punya UPU tu, aku cam lost. Tak tau nak pergi mana dan buat apa sebab aku tak dapat mana2 Ipta. Pastu form 6 pulak terlepas. Yela mana taknya aku tak pegi pun masa taklimat.. masa tu aku tak check lagi upu, tu yang tak pegi, ingatkan dapat la.. Pas tu aku teringat ada offer letter yg datang dari Lincoln Uni College, aku g check balik surat tu.  Tarikh pendaftaran 14-18 Mei 2012. Aku pun dalam hati, “huh, ada masa lagi nih”. Pastu jurusan dip. ˚Akaun. Aku rasa cam sesuai je dgn aku, tapi aku rasa cam nak buat A level. And aku dah tanya kat En. Asraf (Staff kat Lincoln) pasal aku nak tukar, n then dia kata nanti dia checkkan utk aku manalah tau ada tempat lagi ke tak. So tengoklah nanti mcm mana.
Ada la beberapa orang kat sekeliling aku ni duk cakap yang A level ni payah. And aku dah fikir punya fikir n ade buat beberapa research pasal A level ni. Setelah beberapa ketika, aku kata kat diri aku, “Macam ni jelah, semua benda yang kita nak buat ni ada susah senangnya apa yang penting benda yang aku nak buat ni aku yakin aku boleh buat dan aku pun dah set dalam otak aku untuk redah je semua dugaan dan kesusahan yang akan datang”. So aku bg tau la kat mak n ayah aku. Depa kata lusa bincang tengok mcm mana. So dalam pale otak aku skrg ni da prepare n expect beberapa perkara yang MUNGKIN TERJADI utk 18 hb Mei ni, 1 aku dah ada kat Lincoln. 2, aku masih disini tanam anggur. 3, aku dekat sekolah masuk fo6. 4, kerja while waiting for the next intake for ipta.
So aku sekarang tengah nak siapkan dokumen2 dan perkara lain yang perlu di bawak ke Lincoln (just in case mak n ayah aku kasi masuk situ). Entahlah, perasaan aku lain macam je sekarang ni. Macam2 perasaan ada, happy+takut+nervous+excited+sedih+bersemangat+malas=TingTong.
Aku harap masa depan akan jadi lebih baik n aku pun  dapat berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.. Ok lah, citer sampai sini je k!. Nanti pape hal aku story mory kat sini. (^_~)”
May peace be upon you!

Monday, 7 May 2012

Pasar MAlam Taman Song Choon

Huh, penat gila hari ni. Sakit kaki ade,
sakit pinggang ade, sume sakit..

camni citernye...

tengah hari tadi ade orang call mak aku,
pastu mak aku terus tanya aku, "Long,
nak x keje dgn kawan umi? ala keje kat pasar
malam sehari je".. aku kalau nak wat pape
first thing yang aku kena ade is best friend
aku Dekna. Kalau Dekna bole join skali
keje dgn aq, aku on je.. bincang punya
bincang, dekna pun ok.

Sampai2 je cam bese la, tolong2 skit wat
itu wat ini, buat la ape yang makcik tu
suruh. So far, makcik tu ok, peramah dan
lembut orangnya.. kalau ade chance mmg
aku nak jadi menantu dia.. hehe, cheewwaah,
(gurau je).. tadi aku banyaknya wat keje2
kat belakang je sebab aku ni cam cepat cemas
bila da ramai2 orang.. da la orang ramai,
pastu benda nak time tu jugak n kerenah org
nak itu nak ini, so keje aku tadi banyak
kat belakang la, depan dekna dgn makcik cover,
Tak yah nak citer panjang sangatlah kan,
aku citer yang mne aku ingat je keyh.
Tapi part yang paling best tadi is disaat
aku ingat tak mungkin ade org yang aku kenal
walaupun sorang, datanglah seorang jejaka
muka sweet ni lalu depat gerai makcik. Aku
pun dok pikiaq sapa la mamat ni, cam pena
jumpak ja..(ewwah tetiba pulak keluar
loghat kedah). Mula2 dia lalu,
pastu patah balik
g kat gerai makcik, masa tu dah nak tutup
tpi blum ttup lg. Dia beli sosej. Muka dia
senyum. Aku senyum balik kat dia. Dia pandang
aku. Aku senyum lagi. Aku ingat nak tanya
penah jumpa ke sblom ni?
tapi aku xnak start dulu. Malu.
Last2 kita orang senyum
sama2 sampai dia abis beli. Pastu aku
fikir punya fikir..... PAP! tetiba aku
ingat! oooowhh, dia la abang yang jual kuewtiow
kat pasar malam dekat rumah aku tu!!. Patut
la muka dia macam kenal aku. N aku ni
suka ketiaw, asalkan ade pasar malam kat umh
aku tu, aku beli kat dia kuewtiaw. So dah
slalu jumpa kan. Tapi ntah kenapa sejak balik
tadi aku asyik dok ingat kat dia je.. teringat
akan senyuman dia yang sweet tu. ekeke..
sebab muka dia sweet sgt mse senyum..
Rasa cam nak jd kwn dia plak. hehe
ok. lah, citer da abis, ngantok nak tidor!
bye! i love u.
Assalamualaikum!

Owh ye!
entry kali ni sepatutnya di post pada 5.5.2012.

Wednesday, 2 May 2012

Aku Yang Asing


Hari ni tiba-tiba aku rasa semacam plak. tak tau nape.
Rasa cam rindu kat seseorang tapi tak tau siapakah.

-Tajuk takde kena mengena dgn story-

Ha!!.. aku ade satu story nak citer,
Sebenarnya aku ni tngah suka kat seseorang ni. Bukannya
suka apa pun, suka biasa2 je.. tak taulah kenapa tiba2
je tertarik dgn orang tu, makin lama makin suka, dia ni
guitarist tau. Biasalah kan, kalau kita suka kat seseorang
tu, mestilah kita nak tau semua benda tentang diri dia
dan nak tau ttg citer hidup dia sebelum ni.. Tpi jenis
aku len skit, aku kalau suka kat seseorang tu, aku akan
cuba faham diri dan kondisi hidup dia, macam yang aku
cakap tadi, dia tu gitaris so aku akan selami gaya hidup
dia.. apa yang dia suka aku akan cuba suka,tapi bukanlah
bermaksud aku harus jadi orang lain dan lunturkan identiti
sebenar aku. Aku tetap aku. Suka tetap suka. Cam dia suka
main gitar, aku pun akan cuba belajar main gitar.Dia suka
main futsal, aku pun rasa pas ni aku nak try la main futsal,
nak rasa ape yang dia suka sangat dgn futsal tu. Walaupun
sebelum ni aku rasa yang main gitar ni buang masa dan futsal
bukanlah sport yang aku suka aku akan cuba suka apa yang dia
suka.. Mungkin sesetengah orang akan kata aku ni gila or
obses sangat or buang masa, tapi aku rasa berbaloi. Walaupun
tak mungkin aku dgn mamat tu akan ada apa2 hubungan, tapi at
least aku ade explore benda baru kan?. Ala lagi pun, orang
yang aku suka tu bukannya kenal aku ni siapa n aku yakin 100%
kita orang mungkin berjumpa..vKalau ade pun kemungkinan
tu sebab dia ade wat konsert kat tempat aku or aku yang ade
kat tempat dia.. tapi kalau ade peluang, aku memang nak jumpa
dia face 2 face, apa cara pun aku akan buat utk jumap dengan
dia. aku nak tangkap gambar dengan dia. Dapat jumpa dia sekali
pun jadilah.. Hehe, kalau aku dah dapat tangkap gambar dengan
dia, aku akan postkan kat dalam blog sunyi ni.. hehe..
(berangan je larr..)

Erm k. lah, aku rasa, sampai sini je kot
citer bodo aku ni, Bubye..

owh, anyway, orang yang aku suka tu
sebenarnya jauh lebih tua dari aku
umo dia 10 tahun lagi tua.. Kira la sendiri.
    (-_*)"

May peace be upon you!!

Monday, 30 April 2012

Selamat hari Pekerja..

May peace be upon you!!

Hari ni memang la hari pekerja tapi bukan nak citer pasal pekerja.. 
Ni pasal result ipta yang akan kluar tak lama lagi. aku harap sangat 
yang aku dapat ipta kat teganu.. Bukannya ape, nak la juga rasa duk
 kat tempat jauh.. ye la dari kecik lagi aku mne penah duk asrama.. bila 
dah besar ni nak la jgak rasa berdikari kat tempat org.. 

Dalam banyak2 tempat, knapa aku pilih Terengganu?.. sebab aku 
rasa aku tak penah g teganu lagi n sebab aku ade apply U kat sana..
UNISZA.. Tapi kalau boleh aku nak sangat dpt satu u dgn bff 
aku yg sorang ni, Intan..  

Sebenarnya aku minat dengan 2 kos ni.. aku tak tau mne satu 
yang perlu aku pilih.. Architecture or Accouting.. Dua2 ni memang 
aku gila sangat nak ambik, tapi dua2 ni aku takde basic.. 
Camne tuh?? hehe.. Tapi pape pun kne tunggu dlu la result ipta tu kluar.. 
Tapi semakin dekat aku nk msuk ipt, makin takut n berdebar2 pun ade.

Erm, ok la, malas nk tulih panjang2.. ape2 pun just wait n see la..
Daa~.. (^_~)"Y..

Sunday, 29 April 2012

Sample untuk Karangan Perihal Diri dan Perancangan Kerjaya


Hoh kena wat karangan la plak untuk
dapatkan pinjaman mara ni.. Ni aku ada
wat CONTOH karangan tu.. So aku harap
sedikit sebanyak dapatla bantu korang
dalam menjayakan karangan korang tu ye.. Nah amik kau  PELPAP!

Saya Siti Saidatina Khatijah Binti
Mohammad Faithal, berusia 18 tahun
lahir pada 22 Desember 1994 di ipoh,
Perak. Saya anak sulung daripada 9 orang
adik-beradik. Saya mula bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu daripada
tahun 1 sehingga 6. keputusan UPSR saya
ialah 1A, 2B, 3C.Kemudian saya
melanjutkan pengajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Simpang Pulai dari
tingkatan 1 sehingga 5. Saya memperoleh
5b 3C untuk PMR dan SPM pula 2A,4B,1D,2E.

Sekarang saya berhasrat untuk melanjutkan
pengajian di UniKL dalam jurusan Teknologi
Maklumat. Saya juga ada mengambil mata
pelajaran ini semasa SPM. Saya juga
mempunyai pengalaman dalam hal-hal berkaitan teknologi maklumat.

Oleh itu, dengan melanjutkan pelajaran
dalam jurusan ini saya berharap dapat
membantu saya menambahkan lagi kemahiran
saya dalam bidang ini. Setelah mendapat
diploma, saya akan berusaha untuk
melajutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Saya akan buktikan kepada ibubapa saya
bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya tidak sia-sia.

Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian
saya di UniKl dengan baik, saya akan
berusaha untuk mendapatka pekerjaan yang
bersesuain dengan status diploma yang
saya ambil. Saya akan mencari pengalaman
bekerja selama beberapa tahun dan sekiranya
berpeluang, saya ingin menubuhkan sebuah
perniagaan dan menghasilkan produk
berkaitan teknologi maklumat dengan
menggunakan jenama sendiri dan
memasarkannya ke persada dunia bagi
membuktikan rakyat Malaysia juga mampu
bersaing.

Sekian sahaja serba sedikit perihal
mengenai diri dan perancangan kerjaya
yang ingin saya lakukan.

Ha tudia amik kau.. papepun ni cuma contoh
ja.. korang wat la suka hati korang. Ayat
aku ni pun cincai boncai je.. Enjoy! Okay,
May Peace Be Upon You!

Saturday, 21 April 2012

Entahlah

Hari ni tetiba plak tergerak nak tulis something dalam blog berhabuk ni.. tak tahulah nape tapi hati ni rasa lain mcm je mlm ni.. rasa cam rindu kat seseorang tapi tak tahu siapa.. rasa cam suam2 je dlm hati ni.. ntah la.. Anyway, bulan 5 ni kluar result utk permohonan upu.. xde high expectation.. just, paling cikai pun dpt uitm or poli pun da Alhamdulillah.. doa2kan la ye dpt msuk ipta.. "(^_~)Y.. Daa~... May peace be upon you..!!

Wednesday, 11 April 2012

Lagi Dan Lagi

Huh.. sekarang ni tngah duk tunggu bff
aku dpt lesen kereta, pastu bru kitorg nk g kje sme2..
smentara nk tunggu ni terpaksa la aku jadi seperti selalu
iaitu jadi full time bibik kat rmah.. huhu
sejujurnya mkin lma aku dduk kat rmah ni sambil xde wat pape,
semakin meronta2 hati aku nk kluar dri rumah..
KELUAR DARI RUMAH, BUKAN LARI DARI RUMAH.
Maksud keluar rumah tu aq nk la kje.. kluar dgn mmber2..
belajar ke.. Ye la mane xnya skrg ni dah bulan April,,
aq dok rmah tanam anggur dari December tahun lepas lagi..
perasaan bosan dan boring tu mesti la ade kn
(eh, bukan bosan dan boring 2 bnde yg same ke? hehe)..hmm,
klu nk tunggu study kat ipt, mesti lmbat lg kan..
Tapi kdg2 aq terfikir jgak ttg masa depan aq nnt mcm mane..
ape yg aku nk buat lpas ni.. klu psl belajar,
betul ke keputusan yang aq buat utk amik
kos2 yg aq mintak 2?.. sesuai ke aq dgn
suma 2?.. n kdg2 aku terfikir jgak ape yg aq nk
sebenarnya dlm hidup ni?.. sampai bila aq nk
jadi mcm ni? kdg2 aq rase aq ni da hanyut..
x tau sape diri aq yg sebenarnya.. makin lama
aq diisi dgn kebosanan, makin banyak
soalan yg timbul dalam otak aq ni.. yg mnjadikan
aq konpius.. Kdg2 aq berharap sgt
akan ade sesuatu yg akn muncul dlm hidup aq..
yang boleh menggubah hidup aq.. dan menjadikan
hidup aq terisi dgn sesuatu.. bukan kosong..
hmm.. mesti sstengah dri korang akn fikir yg aq
ni pelik kn?.. atau pun korang akn ckp camni
"ish, dari mana dtg nye Alien ni.. mrepek2
je yg dia tulis" Huh, tapi aq x kesah pun ape yg
korang nk cakap sebenarnya.. tapi aq nak share jgak
suma benda ni.. sbb makin lame aq pendam, makin payah
aq nk tanggung..sebenarnya banyak lagi yang aq nk
tulis, tapi tu la kn x semua perkara dpt diungkap dgn kata2. (ececeh)
So aq harap pas ni akan ade sesuatu la yg akan dtg
dlm hidup aq ni yg memerlukan sepenuhnya komitmen aq, sampai
xde mase utk perkara x penting,, aq janji bile
perkara 2 muncul dlm hidup aq,, aq akn share dgn korang.. okey lah
aq harap kekosongan yang ade dalam hidup aq ni akan
terisi dengan cepat.. n aq harap la dpt tau ape yg aq nk n
dapat jumpa identity aq yg sebenar.. Assalamualaikum..
( tak jawap dosa, kalau jawab sayang)   ^^,