Entry kali ni mengenai alam baru iaitu alam IPT. Lepas je
aku check aku punya UPU tu, aku cam lost. Tak tau nak pergi mana dan buat apa
sebab aku tak dapat mana2 Ipta. Pastu form 6 pulak terlepas. Yela mana taknya
aku tak pegi pun masa taklimat.. masa tu aku tak check lagi upu, tu yang tak
pegi, ingatkan dapat la.. Pas tu aku teringat ada offer letter yg datang dari
Lincoln Uni College, aku g check balik surat tu. Tarikh pendaftaran 14-18 Mei 2012. Aku pun
dalam hati, “huh, ada masa lagi nih”. Pastu jurusan dip. ˚Akaun. Aku rasa cam
sesuai je dgn aku, tapi aku rasa cam nak buat A level. And aku dah tanya kat
En. Asraf (Staff kat Lincoln) pasal aku nak tukar, n then dia kata nanti dia checkkan utk aku manalah tau ada tempat
lagi ke tak. So tengoklah nanti mcm mana.
Ada la beberapa orang kat sekeliling aku ni duk cakap yang A
level ni payah. And aku dah fikir punya fikir n ade buat beberapa research
pasal A level ni. Setelah beberapa ketika, aku kata kat diri aku, “Macam ni
jelah, semua benda yang kita nak buat ni ada susah senangnya apa yang penting
benda yang aku nak buat ni aku yakin aku boleh buat dan aku pun dah set dalam
otak aku untuk redah je semua dugaan dan kesusahan yang akan datang”. So aku bg
tau la kat mak n ayah aku. Depa kata lusa bincang tengok mcm mana. So dalam
pale otak aku skrg ni da prepare n expect beberapa perkara yang MUNGKIN TERJADI
utk 18 hb Mei ni, 1 aku dah ada kat Lincoln. 2, aku masih disini tanam anggur.
3, aku dekat sekolah masuk fo6. 4, kerja while waiting for the next intake for
ipta.
So aku sekarang tengah nak siapkan dokumen2 dan perkara lain
yang perlu di bawak ke Lincoln (just in case mak n ayah aku kasi masuk situ). Entahlah,
perasaan aku lain macam je sekarang ni. Macam2 perasaan ada, happy+takut+nervous+excited+sedih+bersemangat+malas=TingTong.
Aku harap masa depan akan jadi lebih baik n aku pun dapat berubah ke arah yang lebih baik
InsyaAllah.. Ok lah, citer sampai sini je k!. Nanti pape hal aku story mory kat
sini. (^_~)”
May peace be upon
you!
No comments:
Post a Comment