Saturday, 10 March 2018

Tips Dan Cara Mudah Untuk Nampak Muda

Haluuuuuuuuuuu

Since harini hari ahad dan aku takde ape sangat nak buat ni, aku nak share dengan korang semua cara aku untuk nampak muda.

1. Pakaian
Base on my observation, pakaian is a major factor. Style tu biar bertempat, x over, warna dan gaya pun main peranan jugak. As for me, kalau nak hangout tengok movie, makan2 atau mana2 je tempat lepak, aku biasa akan pakai tudung bawal, long-sleeve shirt, jeans & sandal. Warna tu JANGAN lebih dari 3 warna. Itu style pergi lepak, kalau pergi kenduri, aku akan pakai baju kurung cotton bunga2 kecik atau baju kurung plain color. Pilihan warna pulak, sweet2 colour. Untuk kenduri wedding ex, pakai jubah hitam + lipstik merah makngah *okay gurau je. Pergi kelas, lebih kurang sama je macam pergi lepak cuma proper skit. Tudung bawal, plain color blause, slack jeans & ballerina shoes.

2. Make up
Tengok tempat jugak make up ni. Kalau nak pergi lepak, tak payah la pakai lipstik merah makngah, eyeshadow hitam, dengan highliter nye lagi, takyahh. Just pakai moisturizer, & lipbalm je. Kenduri pulak baru make up sikit. Tu pun sikit je aku pakai. Make up tebal aku pakai mostly kalau ade kelas2 yang lecturer suruh make up, grand event, fancy dinner, and tempat2 yang relevan untuk aku make up tebal. Lagi satu pasal make up ni korang kena rajin tengok tutorial. Practice makes perfect kan? So korang kena rajin tengok dan rajin cuba kat muka. Memang la awal2 tu korang akan ambil masa yg lama dan kritikan2 kawan baik pun timbul. Yela sebab tak biasa kan? Tapi jangan la cepat koyak. Cuba lagi. Bila orang bagi komen pasal make up korang, cuba study balik komen tu dan cuba yg macam dorang cakap. Mana tahu pendapat pedas dorang tu sebenarnya dapat bantu kau improve. Aku ade ramai je kawan2 perempuan yang tak pandai make up and teringin sangan nak pakai make up tapi x reti. So suggestion aku, kalau nak cuba, cuba je. Lama2 benda ni jadi mudah untuk kau. Eh panjang pulak aku bebel -_-".

3. Senyum.
Girls, senyum adalah senaman muka paling mudah untuk nampak awet muda. So senyum laaaaa. Ni tidak, selisih dengan orang duk buat muka cekodok kedut. Monyooookkkk je. It is not good okay. Senyumlah even you had the worst day ever.

Ini semua pendapat peribadi aku je la. Tapi aku share sebab mana tahu korang boleh cuba and korang betul2 nampak muda? mana la tahu kannnnn.

In a nutshell, simple makes you look younger.


Zaijian!








Friday, 9 March 2018

Contoh Surat Rasmi Penangguhan Bayaran Yuran Pengajian UiTM


Hai semua!

Lately ni aku ada jugak tengok pelajar gugur taraf sebab lambat/tak bayar yuran pengajian kat UiTM ni ramai juga. So, kat sini aku nak share sikit cara nak buat surat penangguhan bayaran yuran ni incase ade sesetengah daripada kita ni belum mampu nak bayar yuran on time. 

Kat bawah ni korang tukar la mana yang patut. Nama timbalan rektor tu penting so better check betul2 guys.

.......................................................................................................................................................

Prof. Madya Dr. Ismadi Bin Md Badarudin,
Timbalan Rektor,
Hal Ehwal Akademik,
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka.

Prof. Madya,
PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Merujuk dengan  perkara diatas, saya *NAMA PENUH*, No. Kad Pelajar, 2017****** merupakan pelajar kumpulan M1BA2401A, *Nama Penuh Kos Korang*, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka bagi semester 1 2017/2018 memohon penangguhan bayaran yuran pengajian sebanyak RM 000.00

Penangguhan bayaran yuran pengajian dipohon adalah kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarga *contoh. Saya mempunyai ?? orang adik beradik, ?? antaranya masih bersekolah dan saya merupakan anak ke ????. Bapa saya bekerja sebagai ???????? *nyatakan sebab kalau tak bekerja ke atau sudah meninggal dunia* dan ibu saya pula seorang *yang ni pun sama macam bapa tadi.

Namun begitu, bayaran yuran akan saya lunaskan setelah *dapat pinjaman ke, gaji dah masuk ke, dapat tajaan ke, bantuan atau sebagainya*.

Justeru itu, saya amat berharap agar Prof. Madya, meluluskan permohonan ini bagi mengelakkan saya menerima status gugur taraf (GT).

Segala perhatian dan komitmen Prof. Madya amat saya hargai. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

.......................
NAMA
NO MATRIK



Hopefully apa yang aku share ni dapat bantu korang okay? Goodluck!

Kalau nak tanya lebih lagi boleh DM
Instagram : @siti.sk
Twitter : @dear_ct 

I'm back!

May peace be upon you.

Last time aku cakap pasal relationship and lepas tu aku hilang. So harini aku baru ada masa nak cek balik blog berabuk ni. OMG lama sangat tinggal!

So currently I am studying kat UiTM Melaka Kampus Bandaraya. Taking Bachelor of Business Administration (Hons.) Marketing. So far Melaka sangat jammed.

Sebelum aku sambung study ni aku kerja kat Perak Transit sebagai Admin & 99 Speedmart sebagai Cashier.

Aku takde ape nak cerita pun sebenarnya. Saja nak update so takde la berhabuk sangat blog ni.

Dadaaaa

Sunday, 17 April 2016

throwback

Hi2.. So apa diatas?

Malam ni rasa tetiba mcm nk type pasal relationship.

Dua kali. Dan dua2 tak jadi.

Yang pertama tu tak jadi bcos of me. I was the betrayer. I was a jerk. The blame was on me 100%. I left him for someone else who I thought was better than him.

Yang kedua ni tak jadi sbb maybe I made mistake too but he never mentioned it before. All this while we were happy. I really love him and he loves me too *maybe. Suddenly something happened and poof! all gone.

Mungkin ape yang dah jadi ni adalah kifarah kepada saya.

Ye know what goes around comes around.

Nape tetiba nk ckp psal relationship ni? Sebab tiba2 teringat. Bukan tak move on lagi. Kalau boleh mmg xnak sangat teringat balik kat sape2 pun. Takut rasa bersalah makin menebal. Dan takut yg dimaafkan jd benci dan dendam.

Moral of The Story=
Hati2 dalam mmbuat keputusan. Jangan disebabkan satu keburukan kita lupa beribu kebaikkan. Dan jangan disebabkan seribu kebaikkan kita lupa yg dia juga ada keburukkan.

Salam peluk cium,
Assalamualaikum.

Saturday, 13 February 2016

Harta Dan Rupa Tak Penting.. Betul ke?

"Saya tak kisah pasal rupa, asalkan dia mampu bahagiakan saya"
"Harta tu tak menjamin kebahagiaan pun"

Diatas adalah antara beberapa ayat yang kononnya tak kisah sangat pasal harta dan rupa. Yess, betul tapi kalau anda sendiri jenis yang memang ade harta sendiri as in dompet tebal dengan duit & credit card yg boleh diguna, dalam personal acc bank ade saving over 4 angka *(exclude nilai sen) dan memang TAK KISAH langsung pasal rupa.

In my onion opinion lah, selain daripada amalan agamanya yang tiptop dan budi pekerti yang chunn, rupa paras DOES matter to me. Sebab kita yang akan tengok dia hari2. Bila saya cakap pasal rupa paras ni, tak semestinya kau perlu lawa macam neelofa/mayakarin/nora danish/khairi jmludin/faizal tahir etc.. Apa yang saya maksudkan disini ialah, dia ada rupa yang bila kita dan orang sekeliling tengok dia *espesheli kita, rasa tenang jee, rasa damai jee..

As for Harta. To me it is quite important too. It is also tak perlu terlalu mewah. Cukup lah ade rumah sebiji & kereta sebiji. Tak payah nak grand2 sangat pun, like audi s8 and banglo 3 storeys.. asalkan selesa sudah coz you and your spouse will have a long time to upgrade your life together later on.

To girls out there, sedarlah anda bahawa negara Malaysia Boleh ini ekonominya tak berapa nak cantik, kos sara hidup makin tinggi dan macam2 lagi. Berhenti berangan nak dapat Prince Charming from Far Far Away Land. He doesn't exist. And if he does, what makes you think that he will come to you?

So bukak mata, bukak minda, educate parents/guardians and yourself untuk tak meletakkan hantaran mahal2. Kecian kat pihak lelaki yang baru nak mulakan kerjaya/kurang berkemampuan.

Above all ape yang paling penting is dia mampu secara berterusan mendekatkan diri kita dengan Allah. Moga2 kita mendapat jodoh yang baik.. Aminn.

Sekali lagi diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi semata2. Bukan niat nak tuju kasut kat siapa2.

Friday, 12 February 2016

Saja nak bagi tahu

Dealing with someone's imperfections and differences.

The process of accepting is not really easy but once you did it, the sweetness in the relationship might grow beautifully each and everyday.. You'll get to know the person even better right?.

The process of leaving might be very simple as ABC, but if you find out that someone's imperfections and can't bear it, at least give yourself and your partner a chance to accept each other.

The main points are:
-Try to accept, differences, imperfections and diversities.
-Less argue over the small matter.
-Think wisely and discuss calmly before act. *decision making process
-Give yourself a chance in getting to  know someone.

Siti Saidatina Khatijah Binti Mohammad Faithal
Tarikh lahir : 22 December
Asal : Ipoh, Perak
SK Sg. Raia
SK Tmn Perpaduan
SK Tmn Bersatu
SMK Simpang Pulai
UiTM Pulau Pinang
Suka melancong & warna biru

Ciri-ciri lelaki idaman:
Fizikal: Tinggi, Manis sejuk mata memandang, Kulit sawo matang, Kemas dan Wangi
Perwatakan: Jujur, Romantik, Berkepimpinan, Pandai buat lawak, Sopan, Matang dan Cool
Kewangan: Hmm, ni kita boleh discuss kemudian.

Wednesday, 21 October 2015

Preparation untuk Internship/Latihan Industri

Internship atau pun bahasa biasanya orang kita panggil praktikal ni macam latihan dan persediaan kita untuk bekerja dalam bidang yang kita belajar (khas utk course tourism management). Contohnya saya sendiri, saya ambil course tourism management, belajar kat kampus 5 sem, sem ke 6 ada latihan industri ni (tapi sekarang dah jadi 5 sem je, so sem ke 5 korang akan pergi praktikal ni). So untuk awak semua yang akan pergi ke latihan industri ni, seawal sem 3 lagi korang dah kena cari tempat nak praktikal. 

First of all, sebelum cari tempat praktikal ni, korang kena tahu ape minat korang. Contohnya korang suka buat kerja dlm office je ke, suka buat kerja luar ke, suka layan orang ke, suka bnda2 yang handle event ke n macam2 lagi. Macam saya suka buat kerja luar dan dalam office, so saya pilih travel agency untuk saya buat praktikal ni. Kalau yang tak suka duk office, apply la praktikal kat zoo ke, taman negara ke, ICT ke, water theme park ke n macam2 lagi tempat riadah yang lain. And klu yang suka duduk dalam office je, pilih la gov punya office, cthnya MOTAC ke, JKKN ke and korang boleh la search sndri office gomen lain yg berkaitan dgn tourism. 

Lepas tu korang kena pilih 4 pilihan utama utk tempat praktikal korang. In case yang first tu x dapat, ade lagi 3 yg korang boleh try kan?. Masa nak pilih tu kena check company tu ade amik x student praktikal. Lepas dapat 4 pilihan tu, refer dlu kat lect. korang. Bila lect. dah kata okay, baru korang apply nk praktikal kat tempat tu. Saya suggest klu yg mana nak praktikal tmpt gomen tu, apply awal2 sbb selalunya dorang bg jwpan lambat. DAN dorang selalunya x bagi elaun.

Dah dapat tempat praktikal? dah nak start? haaa... ni AKAK nak pesan, datang awal!. Kalau tak boleh datang awal bgtahu supervisor korang dulu. Masa first day, bawak lah stationary, telekung(utk perempuan) n jajan (utk suka-suka). Ingat! selalunya first impression lasssstt. So, bawaklah diri korang baik2. Jangan cari gaduh, jangan tunjuk terrer, jangan cepat sangat percaya orang walaupun dia baik level 9999. Kalau staf kat situ cari pasal dengan kau, jgn lawan balik iyekan aje lah, klu ade yg mengutuk belakang2 tu kau buat x reti jelah.. korang tahan je lah smpai habis praktikl. hati kena kental dik bila dah keje ni. Bila staf or boss suruh kau buat ape2 kau buat je, jangan buat kerja terkutuk pulak dah la. Kalau tak tahu nak but kerja yg disuruh tu TANYA. Jangan dok buat sengap je..

Logbook kena tulis hari2 jangan malas! Dalam logbook tu kau tulis semua bnda yang kau buat hari tu. Tak kira la sapu sampah, lap cermin, kutip kertas yg dah print dan lain2. Untuk report pulak, First, korang tanya dlu dari lecturer, selalunya lecturer ni akan bagi format n contoh practicum report. Aku x rekemen korang utk mintak kat seniors sbb kemungkinan besar dorang takkan bagi. Unless korang ada senior yg baik hati nk bagi. Belajarla buat report sendiri. Semua ni utk kebaikan korang jugak. 

Bukan perangai je kena elok, pakaian pun kena kemas. Untuk perempuan cara selamat is kau pkai je baju kurung hari2, habis cerita. Pastu korang bawak2 la bergaul mesra dengan staf situ.. bercampur dengan orang.. ini pun untuk kebaikan diri sendiri jugak. Sekali sekala belanja la makan, x yah mahal pun tak pe. Klu ade staff laki kat situ, simpan skit gedik tu ye.

Pastu kalau ade buat salah ke, cepat2 mintak maaf. Jangan simpan sengsorang, nanti sengsara kau.

Setakat ni, tu je kot yang akak boleh share, kalau nak tanya ape2 boleh je, pm wassap ke, twitter ke komen kat bawah ni ke.. okay?

Selamat Maju Jaya

Nah akak lanje skit gambar kat Penang