Monday 15 October 2012

Cinta pandang pertama..?

Aku suka satu petikan yang aku baru baca tadi.. Ni aku nak kongsi..

Bacalah..

"Kau yang kupandang buat kali pertama ketika kita bertemu muka, membuat hatiku berpaut nakal mendiktator mata supaya asyik memandangmu. Ruang magnetik antara kita yang menimbulkan mewujudkan hubungan sintetik terus membuat hati mulusku tulus rasa ingin mendekatimu. Lebih, lagi, makin, rapat dekat.

Yang pasti ruang antara kau dan aku wujud tanpa kewujudan walau sezarah luar dari lingkungan persendirian kita. Kau nampak aku, kau senyum. Kau belum tahu detik derap debarnya hatiku saat kau menzahirkan senyum tepat ke wajahku. Betul seperti rasa bagai ada arjuna terbang memanahkan anak panah cinta tepat ke hatiku dengan busurnya. Ya, itu baru senyummu. Belum lagi kudengar manis merdu bicaramu.

Walau dari jauh kupandangmu membuatku rasa goyah lagi gugah hendak menegurmu, kutahu saat hati bicara kutelah terpaut padamu. Betulkah ini rasa cinta? Cinta yang membawa satu aura dan nyawa baru untuk hidupku? Atau ini hanya rasa terpikat? Terpikat tertarik dengan langsungnya kecantikan kelucuan kesopanan geraklakumu padaku?
Mungkin, ini hanya definisi yang menimbulkan persoalan cinta pandang pertamaku. Kau?"

::May peace be upon you::

Sunday 14 October 2012

Depan Tv 2..

Hah, sambungan entry lepas..

Aku couple dengan sorang gentlemen ni.. (Sekarang da putus..) Dia ada kebanyakkan ciri2 lelaki yang aku inginkan.. Dia penyabar, terima aku seadanya, sweet, xpernah cuba2 nak cuba aku and yang paling aku terkesan sekali is dia tak pernah sekali pun tinggikan suara or marah aku. Kalau aku ada buat perkara yang dia tak suka, dia akan tegur aku elok2.. Fizikal dia pulak sangat la attractive.. Dia tinggi, kulit cerah and handsome.. Satu yang aku nak tekankan kat sini, aku couple dgn dia bukan sbb syg, tp sbb yang lg satu tu.. Kami putus pun bukan sbb gaduh or ape pun, sebab pada aku cinta jarak jauh tu memang takkan menjadi.. Sebelum ni pun aku memang ada terfikir nak putus dengan dia -masa tengah couple-. Sebab dia terlalu baik untuk aku, dan aku tak sanggup nak hadap dia kalau dia tau niat aku sebenarnya. Syukur aku da break dgn dia..

Sekarang ni life aku ok. Aku dah tak buat kerja2 yang tak berfaedah tu n aku berkawan dengan semua orang mcm biasa..

Dikesempatan ini aku nak buat ucapan untuk orang2 yang aku pernah kenal..

First sekali, Saya ingin ucapkan terima kasih terutamanya kepada lecturer yang pernah mengajar saya. #Puan Fariesha, Puan Badariah, Encik Ishak, PM. A. Gani dan Cik Noramira(Mentor).. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terbuat apa2 salah semasa sedang belajar.. Saya akan cuba ingat dan practice segala pesanan yang telah diberikan..

Next, kepada classmates yang sporting2 belako, aku nak minta maaf kalau ada buat korang terasa hati atau apa2 yang salah kat korang. Kepada Aizat, ye aku tau ko memang suka dengar aku speaking, kalau ko nak speaking cam slang aku ni, aku nasihatkan ko supaya banyak2kan practice and berangan yang ko tu mat salleh sejati.. InsyAllah bulih!. Diana, ko punye inner msih tersimpan rapi dalam almari aku.. Aku akan simpan jadi kenangan.. hehe.. To Epoi, ko memang seorang class rep yang sangat bertanggungjawab, bertuah mane2 gurl yang dapat ko.. ^^, .. Nad, ko chumill sgt2.. Aku suka tengok ko senyum so, keep on smilling :).. I'll miss u guys.. Terima kasih juga kepada korang untuk segalanya.. Halalkan segala apa yang patut korang halalkan ye.. Kalau ada apa2 yang tak puas hati atau nak tuntut ape2 ke bole calling2 or jumpa lagi baik kn?.. Apa2 pun. korang mmg terbaik!..

Seterusnya, buat roomatesku yang comel2 belake iaitu Lya, Fatin dan Dina.. Korang da macam adik beradik aku da. Aku anggap korang semua macam kakak2 aku walaupun Lya lg muda dari aku.. hehe.. Dina, dalam bilik tu aku yang paling rapat dengan ko. Kita semeja, katil aku atas katil ko, almari kau sebelah je dgn almari aku. Sorry kalau kadang2 meja aku bersepah. Aku suka sembang dengan ko sebab ko kalau sembang mesti semangat Waja punya!. Semua orang boleh in dengan ko sebab sikap ko yang ceria dan peramah tu. Ko pun tak pernah berkira dengan aku. Pesanan ko yang paling aku ingat.. ' tak payah cari cinta/bf tu, sebab dia akan datang sendiri' dan ' jangan lepaskan lelaki baik tu'..
Lya, aku ingat lagi masa mula2 aku masuk bilik tu, ko orang pertama yang tegur aku n ajak aku kluar gi makan.. ko orang pertama yang tunjuk kat aku jalan g d.m dan uptown. Kita pun selalu share pasal masalah hati, bf and everything. Walaupun ko ni nampak lembut dan sensitif, tapi ko ni gangster jugak kan? hehe.. Ko banyak nasihat aku pasal couple ni..
Fatin, kita memang tak rapat sangat tapi aku hargai ko. Aku suka tengok penampilan ko yang funky tu.. walaupun gaya aku lebih kepada vintage and simple. Suara kau sangat kecik.. haha.. Pada aku walaupun ko selalu nampak ceria tapi ko tegas sebab walau apa pun terjadi ko tetap jadi diri sendiri.
So, kepada roomates aku yang tersayang ni aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku,, and also i would like to say sorry if i did any mistake towards you guys.. Harap kita jangan lost contact keyh! saayyyyaaaangggg korang!!

Seterusnya, bestfriends aku iaitu Syafa and Asri.. Syafa, kita kenal masa mula2 kita daftar kos. Tak sangka aku, orang yang duk sebelah aku masa isi borang dalam office tu akan jadi bestfriend aku sampai abis sem. Banyak yang kita share. Tak kering gusi aku kalau sembang sengal dengan ko.. ada je benda2 yang buat aku nak tergelak. Ko memang happening.. 'pening'.. haha
Asri, ko umpama abang aku, yela sebab aku pun  memang takde abang.. Thanks sebab sudi jadi kawan baik merangkap abang aku.. Dari awal kita kenal lagi aku dah rasa yang aku akan selesa n rapat dengan ko. Aku hormat ko sebagai senior and sebagai abang. Walaupun ko selalu panggil aku orang gila dan budak kecik, tapi aku selesa kawan dengan ko. Dan ko juga satu2nya supplier gula2 aku.. hehe.. Ko jangan lupakan aku!.. hehe.

Yang ni khas untuk awak.. Saya minta maaf sebab main2kan awak. Saya minta tolong lupakan janji2 palsu yang saya pernah lafaz.. thanks and sorry for everything.. Terima kasih sebab layan saya dengan baik masa kita tengah couple.. Saya doakan awak dapat perempuan yang berganda2 baiknya dari saya dan harap awak dapat kejar cita2 awak tu. Awak memang baik. Saya yang tak sesuai untuk awak.. Maaf.. Maaf.. Maaf..

Kepada orang yang cancel last minute tu, saya just nak cakap yang saya memang marah sangat2 kat awak!!.. Cakap tak serupa bikin!!, tapi tu dulu.. hehe. Sekarang saya dah oke.. Saya dah maafkan awak :).. Harapnya awak buang la sikap casanova awak tu. Jangan sakitkan hati perempuan2 lain.

Lastly, untuk sesiapa sahaja yang pernah kenal saya, Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada terbuat salah or apa2.. Kalau ada yang tak puas hati or ada apa2 urusan yang tak settle lagi, call je keyh. Harap kita dapat jumpa lagi.. Dan terima kasih untuk segalanya.. :)

Aku harap cerita aku ni dapat korang jadikan teladan. Sekarang baru aku sedar yang takde guna dendam2 ni. Buang masa dan tenaga je.. Allah kan ada, kita serah semua padaNya oke.. Dan hargailah orang2 disekeliling korang.. Kepada sesiapa yang tak suka atau yang nak condemn tu, aku tak kisah.. Kutuk la.. Aku Terima Segala Kutukan dan Cacian..

The End.


:: May peace be upon you::
















Saturday 13 October 2012

Depan TV

Ye Assalamualaikum..
Lagi sekali blog title yg xde kne mngena dgn content..

Aku tak tau nk start camne, entry kali ni lain dri yang lain.. Ni pasal hati.. oke2 aku da tau cmne nk start. Selama 4 bulan aku kat kampus tu, tipu la klu aku cakap aku xde bkenan kat spe2 kan, dan mmg ada pun.. Dalam UiTM Seri Iskandar ni aku cuma sukakan sorang je Encik.. aku knalkan dlu kat korang 'org tu' siapa.. Nama dia *****, sama course, sebaya, tpi lain kelas.. Muka bole tahan, playboy, mulut manis and jambu..

Rasanya aku suka dia pandang pertama kot sbb masa mula2 aku TERnampak dia, hati aku berdebar kencang bagaikan nak tertanggal dari tempat asal.. ok, Waktu first aku jumpa dia masa kelas subject MGT kami di blik kuliah, kelas dia da nak blah dri blik kuliah 2, kelas aku pulak nak masuk.. So, kelas kami pun berselisihan.. Aku ingat lagi, first time aku nampak dia, mata aku tak berkedip langsung. Tapi dalam hati aku kate, 'ala, kejap je ni.. jap lagi mesti kau lupa dia punya la..' So, aku teruskan hidup aku cam biasa..

Selang beberapa hari..

Pada satu pagi yang indah, aku dpt tau yang nama aku dan beberapa makhluk lain ada kat dalam list yg kna jumpa lecturer tengahari tu.. Aku pun cam cuak tak cuak la sbb ada jugak nama classmate aku.. Masa tu aku da malas nk expect ape2 so aku gi je la perjumpaan tu..
Rupa2nya nama yang dipanggil tu ialah nama2 yang dipilih untuk jadi PRS bagi subjek Math 037.. Bukan Perosak Rakan Sebaya tau! tpi Pembimbing Rakan Sebaya.. Alhamdulillah la ku terpilihkan at least aku bole bagi skit2 tunjuk ajar kat org yang memerlukan.. Program ni bukan hari2 or tiap2 minggu, ada masa n waktu yg dah ditetapkan.. Ia ada 4 siri sahaja, so 4 kali jumpa lah.. TAAPI!.. ada tapi jugak.. Tapi aku kena jadi PRS dalam kelas lain.. :'( .. Aku sorang je PRS dri kelas aku msuk n mengajar kat dlm kelas tersebut..

So, rakan yang perlu aku bimbing ada 4 orang, 3 lelaki, 1 perempuan.. Oke la..
Tiba la sudah hari yang aku kena gi BIMBING orang tu.. (Haha, megah kejap).. First time, agak berdebar sebab dikelilingi makhluk tak dikenali.. Selepas beberapa ketika, rakan2 aku tu pun muncul n kita orang berkenalan.. TIBA2, hati aku tersentap sekali lagi bila aku terpandang 'orang tu' ada dalam kelas tu.. rupa2nya dia budak klas ni.. tapi aku buat cam biasa je la.. Masa tu first time aku sembang dengan dia.. Ala just ckp2 biasa.. So far mengajar orang yang xdikenali ni amat MENCABAR, tapi best.. Dapat jumpa and kenal dengan ramai orang, dapat ilmu, bole tukar2 cara pling mudah selesaikan math n dpt cuci mata.. (hehe, dlam kelas tu ramai yang hensem2)

Fast forward a few weeks later, Bengkel Math siri 2 diadakan.. Kali kedua ni agak ok skit sbb da knal beberapa makhluk dalam kelas tu.. Bengkel berjalan seperti biasa.. Tapi masa balik tu yang best sebab bengkel kelas yang aku ajar tu habis lambat so aku tak tau nak balik dengan sapa,, kebanyakkan orang yang aku kenal dalam kelas tu pun lelaki.. Tiba2 ade sorang laki ni dia tegur aku n tanya aku balik dengan sapa.. Aku cakap la aku balik sorang, pastu dia offer nak teman aku.. Aku ok je.. Dia ajak aku lepak dlu kat dewan makan sebelum balik bilik msing2.. Masa tu masih awal lg utk aku tidur n aku pun malas nak balik bilik lg.. On da way gi dwan mkan (d.m) tu kita org sembang2, sampai kat d.m tu pun sembang rancak lagi.. best sembang dengan dia.. Hehe, ingat lagi aku msa tu dia belanja aku air teh ais,, Aku tak suka teh ais tp buat2 suka sbb nak ambil hati dia.. *Eh, jaga hati dia.. hehe..
oh ye! lupa nak bagi tau, bengkel siri 2 ni diadakan dalam bulan ramadhan so d.m dan segala aktiviti dalam kampus dibenarkan sehingga pukul 2 pagi.. waktu kebiasaan sehingga pukul 10.30 mlm..

Move on to the next bengkel.. Bengkel siri 3.. Perasan tak dalam bengkel siri dua aku tak sebut pun psal 'org tu'.. Sebabnya mmg xberlaku apa2 event pun antara aku dgn dia.. Masa tu aku je yang usha dia dari jauh.. Tapi dalam bengkel siri 3 ni banyak skit la cerita aku dengan-nya.. hehe.. bengkel malam tu berjalan seperti biasa, tapi masa balik tu luar biasa sebabnya camni, kelas kami abis awal dr kelas2 lain, klu nak tunggu classmate aku abis bengkel mmg lambat la citernye.. So aku pun berdiri sorg2 kat luar kelas.. TIBA2 'orang tu' approach aku.. dia tanya, 'awak balik dengan sapa?'..
Aku cakap la yg maybe aku balik sorang, n dia pun ajak aku balik jalan sama2 dengan dia.. Dalam hati aku ni memercik-mercik bunga api.. Bagaikan mimpi jadi realiti.. On the way balik tu kita org sembang2 la psal diri masing2.. Dalam banyak2 ayat yang kluar dari mlut dia, ayat yang paling aku ingat is, 'masa ibarat pedang.......' dia cakap camtu kat aku sbb aku jalan lambat.. hehe.. tapi last2 dia yang jalan lambat.. 'orang tu' tak hantar aku smpai dekat d.m pun sbb pertengahan jalan dia terserempak dgn kwn dia, aku malas nak gi nyebok so aku bla dlu tinggalkan dia.. Ala lgi pun blok aku da dekat sgt da..
The next day, aku tiba2 rasa bersalah sbb baru aku teringat yang aku tak ucap terima kasih pun kat dia.. So aku text kat dia kata sorry and thanks, ingatkan dia takkan reply tp dia rply jgak.. Dia kata oke.. Pastu tanya nama penuh aku.. aku gi tau la.. dia puji nama aku.. Aku happy!.. Start dari tu, aku tak fikir laki lain da.. misi kecil aku nak ngorat n dpt boyfriend senior kat kampus pun cam aku da x pedulikan.. hehe.. Walaupun kami jarang jumpa tapi aku tetap ada hati kat dia..

Sampai la pada satu hari aku ajak dia lepak sama.. Masa tu sje nak try my luck, mne la tau dapat plak lepak dgn dia, tapi masa tu dia cakap dia busy, n dye kate esok la.. So, aku pun dengan harapan yang tinggi menggunung tunggu la esok yang mungkin mmbahagiakan aku.. Aku ada ckp kat roomate aku yg klu ktorg xjdi jumpa mlm tu mmg aku akan mnangis.. Tiba waktu yang sepatutnya kitorg jumpa, dia tak muncul2.. Pastu aku call dia, dia cakap sorry xdpt dtg sbb penat.. n melalui suara dia tu aku dengar yang mungkin sebelum aku call td, dia tidur..
Aku benggang sgt msa tu aku trus off phone je.. Patah seribu hati aku masa tu.. Aku mmg dari dlu lgi benci and anti org camni,, klu ye pun xjadi nk jumpa at least gi tau la awal2, xde la aku susah2 g turun d.m tu.. ko kate ko penat kan, abis aku ni tak reti penat?! Pastu aku balik dengan hati yang berkecai, tak sempat msuk bilik air mata aku da mncurah2 turun ke pipi.. Aku menangis sampai pagi, first time aku nangis sbb kecewa mcm ni.. Salah aku jugak, ye la patutnya aku x taruh harapan tinggi sgt n tak perlu nk beria sgt..

Esoknya pun langsung dia tak bgi mesej say sorry ke, explain ke, ajak jmpe lgi ke.. Maybe dia xrasa bersalah lngsung.. Pagi tu kepala otak aku ting tong (sakit), mata aku lebam, and satu badan x selesa,, jam da kul 8.00am tapi aku wat bodo je, First time aku tak pergi kelas.. Member2 rapat aku yang tahu pasal benda ni mmg tak kacau aku pagi tu.. Diorg tau aku xsuka diganggu msa tengah marah.. Hari tu dua kelas aku tak pergi.. aku duk sorang2 dalam bilik mengangis.. Aku tau orang mcm tu x layak utk aku nangiskan tp da sakit sgt hati aku ni.. Ok mmg obvious aku yang beria2 sangat kan.. Tu aku mengaku n mmg kesalahan dan kebodohan terbesar aku..

Start dari tu aku try lupakan dia, and aku start buat perangai.. Disebabkan sorang playboy, aku jdi brubah sikit.. Aku jadi dendam kat lelaki2 di kampus aku tu. So, aku mulakan 1 permainan utk puaskan hati aku ni,,

Masa tu aku berubah jadi playgirl kejap. Semua orang yang aku pernah tolak dulu aku contact balik n aku ajak diorang keluar.. Lepas tu, aku akan pastikan yang diorang cair dgn aku. Next, aku benarkan diorang anggap aku ni awek diorang. Seterusnya, bila diorang start nk serius dgn aku, aku akan break-up dgn diaorang.. Jahat kan? aku pun da menyesal dan malu dgn perbuatan aku dulu.. Sekarang da tak buat da.. 

Pastu aku couple dgn 'org ni'.. Dia sgt kontra dengan diri aku..
BERSAMBUNG...