Sunday 27 May 2012

Ape masalah kau ni gila?!

Aku tak tau la ape kena dengan aku hari ni.. skit2 nak merampuih, dah tu tau nak memekak je.. aku rase tension gila hari ni. tak tau sebab apa.. ade je salah orang yang aku tegur.. hurh!.. menyampah gila hidup cam ni.. da la bosan.. duit pun takdak.. member2 plak dah ramai yang 'berangkat'.. aku sorang je yang tinggal tak terangkat2..  bosan tahap gila dah ni mak 00ooiiii!!!!!!!!......... aq harap2 dapat la uitm 2 terima aq.. aminn... aq da tak sanggup da nak tunggu second intake. Bulan 12 plak tu.. AAAArrrrrrrgggggggghhhhhh!!!!!!~ (xde angin xde ribut tetiba je memekak)

Huh!.. life aq punya plan ni simple ja.. study, pastu kerja utk kumpul duit n bagi kat mak ayah skit, dah kerja kawin, dah kawin apa lagi duk umah jga anak la.. hehe.. cakap memang senang kan..?? huhu

oklah, stakat ini sajalah yang boleh aku merapu buat masa sekarang.
May peace be upon you!

Tuesday 22 May 2012

Tak ku Sangka Tak ku Duga

Tadi aku gi HEA UiTM Seri Iskandar.. Mintak borang MDAB.. InsyaAllah kalau anta minggu ni jgak dpt la aku masuk uitm tu.. wat mase ni aku taknak kecoh2 lagi pasal benda ni, tunggu aku betul2 aku jadi pelajar situ dlu baru aku g tau orang lain..

Oh tak sabarnya nk masuk U..(eksaited) Hope sume akan berjalan dengan lancar, Amin..

Sunday 13 May 2012

Bercampur Baur

Entry kali ni mengenai alam baru iaitu alam IPT. Lepas je aku check aku punya UPU tu, aku cam lost. Tak tau nak pergi mana dan buat apa sebab aku tak dapat mana2 Ipta. Pastu form 6 pulak terlepas. Yela mana taknya aku tak pegi pun masa taklimat.. masa tu aku tak check lagi upu, tu yang tak pegi, ingatkan dapat la.. Pas tu aku teringat ada offer letter yg datang dari Lincoln Uni College, aku g check balik surat tu.  Tarikh pendaftaran 14-18 Mei 2012. Aku pun dalam hati, “huh, ada masa lagi nih”. Pastu jurusan dip. ˚Akaun. Aku rasa cam sesuai je dgn aku, tapi aku rasa cam nak buat A level. And aku dah tanya kat En. Asraf (Staff kat Lincoln) pasal aku nak tukar, n then dia kata nanti dia checkkan utk aku manalah tau ada tempat lagi ke tak. So tengoklah nanti mcm mana.
Ada la beberapa orang kat sekeliling aku ni duk cakap yang A level ni payah. And aku dah fikir punya fikir n ade buat beberapa research pasal A level ni. Setelah beberapa ketika, aku kata kat diri aku, “Macam ni jelah, semua benda yang kita nak buat ni ada susah senangnya apa yang penting benda yang aku nak buat ni aku yakin aku boleh buat dan aku pun dah set dalam otak aku untuk redah je semua dugaan dan kesusahan yang akan datang”. So aku bg tau la kat mak n ayah aku. Depa kata lusa bincang tengok mcm mana. So dalam pale otak aku skrg ni da prepare n expect beberapa perkara yang MUNGKIN TERJADI utk 18 hb Mei ni, 1 aku dah ada kat Lincoln. 2, aku masih disini tanam anggur. 3, aku dekat sekolah masuk fo6. 4, kerja while waiting for the next intake for ipta.
So aku sekarang tengah nak siapkan dokumen2 dan perkara lain yang perlu di bawak ke Lincoln (just in case mak n ayah aku kasi masuk situ). Entahlah, perasaan aku lain macam je sekarang ni. Macam2 perasaan ada, happy+takut+nervous+excited+sedih+bersemangat+malas=TingTong.
Aku harap masa depan akan jadi lebih baik n aku pun  dapat berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah.. Ok lah, citer sampai sini je k!. Nanti pape hal aku story mory kat sini. (^_~)”
May peace be upon you!

Monday 7 May 2012

Pasar MAlam Taman Song Choon

Huh, penat gila hari ni. Sakit kaki ade,
sakit pinggang ade, sume sakit..

camni citernye...

tengah hari tadi ade orang call mak aku,
pastu mak aku terus tanya aku, "Long,
nak x keje dgn kawan umi? ala keje kat pasar
malam sehari je".. aku kalau nak wat pape
first thing yang aku kena ade is best friend
aku Dekna. Kalau Dekna bole join skali
keje dgn aq, aku on je.. bincang punya
bincang, dekna pun ok.

Sampai2 je cam bese la, tolong2 skit wat
itu wat ini, buat la ape yang makcik tu
suruh. So far, makcik tu ok, peramah dan
lembut orangnya.. kalau ade chance mmg
aku nak jadi menantu dia.. hehe, cheewwaah,
(gurau je).. tadi aku banyaknya wat keje2
kat belakang je sebab aku ni cam cepat cemas
bila da ramai2 orang.. da la orang ramai,
pastu benda nak time tu jugak n kerenah org
nak itu nak ini, so keje aku tadi banyak
kat belakang la, depan dekna dgn makcik cover,
Tak yah nak citer panjang sangatlah kan,
aku citer yang mne aku ingat je keyh.
Tapi part yang paling best tadi is disaat
aku ingat tak mungkin ade org yang aku kenal
walaupun sorang, datanglah seorang jejaka
muka sweet ni lalu depat gerai makcik. Aku
pun dok pikiaq sapa la mamat ni, cam pena
jumpak ja..(ewwah tetiba pulak keluar
loghat kedah). Mula2 dia lalu,
pastu patah balik
g kat gerai makcik, masa tu dah nak tutup
tpi blum ttup lg. Dia beli sosej. Muka dia
senyum. Aku senyum balik kat dia. Dia pandang
aku. Aku senyum lagi. Aku ingat nak tanya
penah jumpa ke sblom ni?
tapi aku xnak start dulu. Malu.
Last2 kita orang senyum
sama2 sampai dia abis beli. Pastu aku
fikir punya fikir..... PAP! tetiba aku
ingat! oooowhh, dia la abang yang jual kuewtiow
kat pasar malam dekat rumah aku tu!!. Patut
la muka dia macam kenal aku. N aku ni
suka ketiaw, asalkan ade pasar malam kat umh
aku tu, aku beli kat dia kuewtiaw. So dah
slalu jumpa kan. Tapi ntah kenapa sejak balik
tadi aku asyik dok ingat kat dia je.. teringat
akan senyuman dia yang sweet tu. ekeke..
sebab muka dia sweet sgt mse senyum..
Rasa cam nak jd kwn dia plak. hehe
ok. lah, citer da abis, ngantok nak tidor!
bye! i love u.
Assalamualaikum!

Owh ye!
entry kali ni sepatutnya di post pada 5.5.2012.

Wednesday 2 May 2012

Aku Yang Asing


Hari ni tiba-tiba aku rasa semacam plak. tak tau nape.
Rasa cam rindu kat seseorang tapi tak tau siapakah.

-Tajuk takde kena mengena dgn story-

Ha!!.. aku ade satu story nak citer,
Sebenarnya aku ni tngah suka kat seseorang ni. Bukannya
suka apa pun, suka biasa2 je.. tak taulah kenapa tiba2
je tertarik dgn orang tu, makin lama makin suka, dia ni
guitarist tau. Biasalah kan, kalau kita suka kat seseorang
tu, mestilah kita nak tau semua benda tentang diri dia
dan nak tau ttg citer hidup dia sebelum ni.. Tpi jenis
aku len skit, aku kalau suka kat seseorang tu, aku akan
cuba faham diri dan kondisi hidup dia, macam yang aku
cakap tadi, dia tu gitaris so aku akan selami gaya hidup
dia.. apa yang dia suka aku akan cuba suka,tapi bukanlah
bermaksud aku harus jadi orang lain dan lunturkan identiti
sebenar aku. Aku tetap aku. Suka tetap suka. Cam dia suka
main gitar, aku pun akan cuba belajar main gitar.Dia suka
main futsal, aku pun rasa pas ni aku nak try la main futsal,
nak rasa ape yang dia suka sangat dgn futsal tu. Walaupun
sebelum ni aku rasa yang main gitar ni buang masa dan futsal
bukanlah sport yang aku suka aku akan cuba suka apa yang dia
suka.. Mungkin sesetengah orang akan kata aku ni gila or
obses sangat or buang masa, tapi aku rasa berbaloi. Walaupun
tak mungkin aku dgn mamat tu akan ada apa2 hubungan, tapi at
least aku ade explore benda baru kan?. Ala lagi pun, orang
yang aku suka tu bukannya kenal aku ni siapa n aku yakin 100%
kita orang mungkin berjumpa..vKalau ade pun kemungkinan
tu sebab dia ade wat konsert kat tempat aku or aku yang ade
kat tempat dia.. tapi kalau ade peluang, aku memang nak jumpa
dia face 2 face, apa cara pun aku akan buat utk jumap dengan
dia. aku nak tangkap gambar dengan dia. Dapat jumpa dia sekali
pun jadilah.. Hehe, kalau aku dah dapat tangkap gambar dengan
dia, aku akan postkan kat dalam blog sunyi ni.. hehe..
(berangan je larr..)

Erm k. lah, aku rasa, sampai sini je kot
citer bodo aku ni, Bubye..

owh, anyway, orang yang aku suka tu
sebenarnya jauh lebih tua dari aku
umo dia 10 tahun lagi tua.. Kira la sendiri.
    (-_*)"

May peace be upon you!!